awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbanyakkan kelas silat di peringkat sekolah - Nurul Izzah

Bernama
Bernama
01/12/2018
23:00 MYT
Perbanyakkan kelas silat di peringkat sekolah - Nurul Izzah
Nurul Izzah mahu kelas seni silat diperbanyakkan di peringkat sekolah. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kelas latihan seni silat perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah dan pelbagai lapangan lain untuk memelihara warisan dan jati diri bangsa Melayu, kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.
Beliau berkata pihaknya kini dalam usaha untuk melibatkan agensi dan jabatan kerajaan bagi membantu pihak berkaitan memperkenalkan seni silat kepada generasi muda di peringkat sekolah.
"Melalui keterlibatan agensi-agensi kerajaan khususnya dari Kementerian Belia dan Sukan termasuk Majlis Sukan Negara, ia diharap dapat melahirkan kesedaran bukan sahaja untuk rakyat Malaysia malah masyarakat dunia.
"Agar (mereka) mengetahui silat ini merupakan seni pertahanan diri yang merupakan khazanah Malaysia yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Demonstrasi Seni Silat di Sekolah Kebangsaan Penanti, di sini pada Sabtu.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Dr Norlela Ariffin.
Nurul Izzah berkata pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan sijil-sijil akreditasi untuk mengiktiraf seni silat itu sekaligus membolehkan mereka meneruskan aktiviti tanpa berlaku sebarang masalah.
"Jika diizinkan dalam ruang lingkup yang kita ada, kita akan bantu kerana kita mahu lahirkan satu gerakan di mana kita menghargai khazanah dan menjadikan proses pembelajaran seni silat itu mudah.
"Saya fikir di samping mahukan pembangunan dan pendidikan secara akademik, ia juga harus lahir secara holistik dan kita nak pastikan ia bukanlah opsyen yang berat kerana kita nak seni ini terus berkembang dan terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belia
#kerajaan
#Malaysia
#Melayu
#Nurul Izzah Anwar
#pendidikan
#Permatang Pauh
#sekolah
#silat
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan