NATIONAL
AS percepatkan pemindahan dana 1MDB - Duta

Kerajaan Amerika Syarikat kini sedang berusaha keras untuk memastikan pemindahan dana 1MDB dipercepatkan, kata Kamala Shirin Lakhdhir. - Foto BERNAMA
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) kini sedang berusaha keras untuk memastikan pemindahan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepatkan.
Duta Besar AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir berkata, dalam masa yang mencabar ekoran penularan wabak COVID-19, pihaknya amat gembira untuk meneruskan pemindahan aset ke Malaysia.
“Kami sekali lagi sangat gembira untuk meneruskan pemindahan aset ke Malaysia sebagai sebahagian daripada siasatan Jabatan Kehakiman.
“Walaupun dunia menghadapi pandemik COVID-19, kerajaan AS berusaha keras untuk memastikan pemindahan ini dipercepatkan dalam masa yang mencabar ini.
“Selama lebih 60 tahun, AS menjadi rakan kongsi rapat dan rakan kepada Malaysia dan kerjasama kami untuk menegakkan tadbir urus yang baik, memerangi rasuah dalam kerajaan dan memastikan keadilan dilaksanakan,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Duta Besar AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir memuat naik status berkenaan di laman Facebook Kedutaan AS di Kuala Lumpur. - Foto Facebook/U.S. Embassy Kuala Lumpur
Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa sebanyak AS$300 juta atau RM1.3 bilion (AS$1 = RM4.32) daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipulangkan kepada Malaysia oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah itu merupakan dana diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami