Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman hari ini mengenai langkah-langkah berikutnya bagi membendung penularan COVID-19, mungkin turut berkaitan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau akan memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai kes COVID-19 pagi ini sebelum pengumuman itu.
"Perdana Menteri akan membuat pengumuman mengenai apa yang perlu dilakukan bagi mengawal COVID-19 dalam negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat harian kepada media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini pada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan akan membuat pengumuman pada hari Jumaat sama ada tempoh PKP akan disambung atau sebaliknya.
Kerajaan melaksanakan PKP dengan hasrat memutuskan rantaian penularan COVID-19, dengan fasa pertama bermula dari 18 hingga 31 Mac, diikuti dengan fasa kedua dari 1 April hingga 14 April.
Sehingga pukul 12 tengah hari semalam, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah 4,228 manakala jumlah kematian 67.
Dr Noor Hisham berkata beliau mengadakan mesyuarat di pejabat kementerian petang Khamis untuk melihat hasil pelbagai model kajian, dengan menggunakan semua data yang ada.
"Selain data yang kami (Kementerian Kesihatan) ada, kami juga mendapatkan beberapa agensi yang berkaitan, contohnya kami turut jemput Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan beberapa perangkawan," tambahnya.
Dr Noor Hisham berkata semua mereka akan berbincang, memeriksa data dan melihat unjuran serta trajektori jangkitan COVID-19 di Malaysia bagi tempoh kira-kira seminggu.
"Dengan melihat data-data ini, kita akan buat ramalan sama ada jumlah kes akan melonjak atau sebaliknya, tapi jika dilihat kepada prestasi kita sehingga kini, jumlahnya nampak antara yang rendah, kita cuma ada 109 kes (kes positif baharu)," katanya.
Terdahulu JP Morgan menjangka kes COVID-19 di Malaysia akan memuncak pada pertengahan April.
Dr Noor Hisham berkata KKM kini menggunakan kaedah baharu iaitu mengikut mukim dalam menentukan klasifikasi kawasan COVID-19 yang lebih tepat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 09 2020
Anggota tentera membantu anggota polis pada sekatan jalan raya melibatkan para pemandu di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, ketika tinjauan PKP fasa dua susulan penularan COVID-19, 4 April, 2020. --fotoBERNAMA/Fail
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.
Jepun akan mansuh bantuan awam untuk rawatan COVID-19
Kerajaan Jepun memutuskan untuk menamatkan subsidi untuk ubat-ubatan COVID-19 dan kemasukan ke hospital bulan depan, menurut media tempatan.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Ismail Sabri pilih 'tindakan Malaysia dalam perangi COVID-19' sebagai tajuk tesis PhD
Ketika COVID-19 diisytihar sebagai pandemik global pada Mac 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Menteri Kanan Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap kluster keselamatan.