awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Interim akan umum pakej rangsangan ekonomi esok

Bernama
Bernama
26/02/2020
15:48 MYT
Perdana Menteri Interim akan umum pakej rangsangan ekonomi esok
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang begitu dinanti-nantikan, yang dijadual diumumkan pada Khamis, akan menjadi acara rasmi pertama bagi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim. - Bernama
Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang begitu dinanti-nantikan, yang dijadual diumumkan pada Khamis, akan menjadi acara rasmi pertama bagi Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri interim.
Pakej rangsangan itu akan diumumkan di Putrajaya pada 4 petang Khamis.
Keperluan untuk memperkenalkan pakej rangsangan itu dicadangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan seawal Januari bagi mengurangkan impak negatif daripada penularan COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia selain memelihara kebajikan rakyat.
Antara lainnya, ia dijangka menumpukan kepada penggunaan, pelaburan dan sektor pelancongan selain merangsang ekonomi dan perjalanan domestik, yang terjejas akibat penularan wabak itu.
BACA: Pakej rangsangan ekonomi diumumkan tidak lama lagi - Dr Mahathir
Kementerian Kewangan, pada Selasa, menyatakan bahawa pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh Dr Mahathir atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri interim.
Pada Isnin, Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri ketujuh. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang menerima peletakan jawatan itu, kemudiannya melantik semula Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.
Atas nasihat Dr Mahathir, Seri Paduka juga menarik balik pelantikan semua menteri.
Dalam satu kenyataan tiga perenggan, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata semasa tempoh interim itu, Dr Mahathir akan menguruskan pentadbiran negara sehingga pelantikan perdana menteri baharu dan pembentukan kabinet baharu.
Malaysia bukan satu-satunya negara ASEAN yang merancang pakej rangsangan untuk menangani kebimbangan COVID-19. Kementerian Kewangan Thailand juga akan mencadangkan pakej rangsangan ekonomi baharu kepada kabinet pada pertengahan Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pakej rangsangan ekonomi
#Perdana Menteri
#Perdana Menteri Interim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan