awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaulan anak Cina dengan kaum lain seperti 'anathema' untuk Dong Zong - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/08/2019
10:00 MYT
Pergaulan anak Cina dengan kaum lain seperti 'anathema' untuk Dong Zong - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berucap semasa Majlis Ulang Tahun KLIA Ke-21 bertemakan 'KLIA turns 21: A Precious Legacy' di Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya bahawa Persatuan Dong Zong merupakan badan yang ‘rasis' kerana selalu membuat kenyataan tanpa memikirkan perasaan kaum-kaum lain di negara ini.
Beliau berkata, walaupun negara ini mengamalkan kebebasan bersuara, semua pihak seharusnya peka dalam membuat sebarang kenyataan yang boleh mengguris perasaan kaum lain.
Katanya lagi, jika Dong Zong berterusan membuat provokasi sedemikian, ia akan dilihat sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang di negara ini.
“Anda lihat sendiri latar belakang Dong Zong, yang langsung tidak pernah berlawan untuk Malaysia, tetapi hanya untuk satu kaum sahaja. Ini negara majmuk berbilang kaum, anda harus memikirkan perasaan orang lain.
BACA: 'Dong Zong rasis, semua dia bantah' - Tun Mahathir
“Apabila kita berbuat sesuatu, kita harus memikirkan apa yang orang lain akan kata. Kalau mereka tidak gembira, mungkin kita harus berbuat sesuatu,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri program KLIA Turns 21: A Precious Legacy, di Lapangan Antarangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, pada masa dahulu tidak ada masalah untuk beliau ke sekolah di mana semua kaum belajar di tempat yang sama.
“Ada Cina, India, Melayu semuanya ada. Semuanya okey. Tetapi kalau ikutkan Dong Zong ini, anak-anak Cina tidak seharusnya bergaul dengan kaum lain. Untuk berada di satu perhimpunan pagi menggabungkan ketiga-tiga sekolah, seolah-olah ‘anathema’ untuk mereka.
“Sebab itu saya kata Dong Zong ini sangat rasis, yang terlampau mengabdikan diri untuk mempertahankan hak kaumnya sahaja,” tegas Perdana Menteri lagi.
Ditanya mengenai petisyen yang mahukan Dong Zong diharamkan penubuhannya, Dr Mahathir berkata itu terpulang kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#anathema
#Dong Zong
#Dong Zong rasis
#KLIA
#KLIA Turns 21
#perasaan kaum
#pergaulan anak Cina
#Persatuan Dong Zong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan