awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perginya nenek kerana basikal tua

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
27/06/2018
12:45 MYT
Perginya nenek kerana basikal tua
Dua suspek berkenaan dipercayai membiarkan mangsa di tepi jalan dan melarikan diri dengan basikal tua tersebut. - Astro AWANI/Nazialita Geynna Maharan
Malang yang menimpa seorang nenek berusia 72 tahun, apabila dia maut selepas tersungkur dari basikal yang ditunggangnya kerana ditolak dua lelaki di Jalan Walker, Pokok Assam, di sini.
Lebih menyedihkan, dua lelaki itu turut melarikan basikal tua warga emas berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, kejadian berlaku jam 5.48 petang Selasa dan mangsa, Yeong Lean Yoong dipercayai tidak sedarkan diri setelah terjatuh.
Dia kemudian dibawa ke Hospital Taiping oleh orang ramai.
Dua suspek berkenaan juga dipercayai membiarkan mangsa di tepi jalan dan melarikan diri dengan basikal tua tersebut.
"Mangsa meninggal dunia sekitar jam 2 pagi Rabu dan buat masa ini kami masih lagi cuba mengesan dua orang suspek lelaki berkenaan.
"Mana-mana saksi kejadian, yang mempunyai maklumat berkenaan insiden ini, sila datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Katanya, motif sebenar tindakan dua lelaki menolak mangsa dan melarikan basikal tua itu tidak diketahui sehingga kini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Cuba
#Hospital
#lelaki
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#polis
#siasatan
#suspek
#Taiping
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan