awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid

Bernama
Bernama
18/03/2019
22:33 MYT
Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini - Mujahid
MUJAHID: Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka Sabtu ini. - BERNAMA/Fail
Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata perhimpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas kedamaian antara kaum dan agama di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri ketua-ketua persatuan agama dan badan bukan kerajaan.
Jumaat lepas, dua serangan pengganas berlaku di dua masjid di Christchurch yang meragut nyawa 50 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, termasuk tiga rakyat Malaysia. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Christchurch
#Dr Mujahid Yusof
#Malaysia
#New Zealand
#perhimpunan
#rakyat Malaysia
#solidariti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan