awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020

Astro Awani
Astro Awani
25/03/2020
05:23 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020
PKP dilanjut sehingga 14 April depan. - Foto Astro AWANI
Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020, ujar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau menjelaskan, pelanjutan tempoh berkenaan dibuat lebih awal agar rakyat lebih bersedia.
"Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia," katanya semasa Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan Secara Langsung pada Rabu.
Justeru, mereka yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini diingatkan agar tidak pulang ke ibu kota.
"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.
"Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya," ujar beliau lagi.
Kata Perdana Menteri, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa.
"Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya.Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah," tambahnya.
Kata Muhyiddin, rakyat perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk duduk diam-diam di rumah bagi tempoh yang agak lebih lama.
"Saya telah diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara. Trend semasa menunjukkan kes-kes positif COVID 19 yang baharu masih berlaku," kata beliau.
Beliau juga telah mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa.
"Yang penting semua keperluan asas mestilah sentisa tersedia dan mencukupi. Ini termasuk bekalan makanan, elektrik dan air, perkhidmatan kutipan sampah dan pembentungan, kemudahan komunikasi dan logistik serta keselamatan dan ketenteraman awam," kata Muhyiddin.
Perdana Menteri dalam pada itu sedar dalam keadaan ini, ramai pihak yang memerlukan sokongan dan bantuan.
SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG COVID-19
"Semalam saya telah umumkan beberapa inisiatif untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi situasi yang sukar ini.
"Hari ini, satu lagi inisiatif iaitu penangguhan bayaran balik pinjaman bank sehingga enam bulan dan penyusunan semula baki kad kredit serta pinjaman korporat telah saya umumkan," ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keluarga
#kerajaan
#kesihatan
#Kuala Lumpur
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan