awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian kerjasama antara Pribumi, Pakatan Harapan ditangguh

Hafiz Marzukhi, Nuradilla Noorazam
Hafiz Marzukhi, Nuradilla Noorazam
12/11/2016
08:10 MYT
Perjanjian kerjasama antara Pribumi, Pakatan Harapan ditangguh
Pemimpin PPBM bakal bermesyuarat bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dibentuk diantara parti-parti pembangkang. -Astro AWANI/Nuradilla Noorazam
Perjanjian kerjasama diantara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan yang sepatutnya dimeterai sewaktu Konvensyen Pakatan Harapan ditangguh.
Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berucap dalam konvensyen tersebut berkata pemimpin PPBM bakal bermesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dibentuk antara parti-parti pembangkang.
"Jangan pula anggap saya takut atau 'cold feet' dengan perjanjian ini. Kami minta tangguh kerana pihak pimpinan PPBM masih perlu berbincang.
"PPBM telah bersetuju dengan hasil mesyuarat yang diadakan antara presiden parti pembangkang dan kita telah bersetuju bahawa hak dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi kekal selain memastikan hak orang-orang Bumiputera terpelihara.
"Perjanjian yang akan kita lakukan ini juga merangkumi komitmen setiap pihak melawan rasuah," katanya. Menurutnya, PPBM tidak mungkin mampu bertanding secara persendirian dan menang pilihanraya.
"Jika kita tidak bekerjasama, PPBM pastinya akan tewas sebelum kita masuk gelanggang," katanya. Ahli parlimen Pagoh itu turut mencadangkan penubuhan jawatankuasa teknikal untuk menyelaraskan pembahagian kerusi diantara parti-parti Pakatan Harapan.
Tambahnya jawatankuasa tersebut boleh membantu Pakatan Harapan mengenal pasti calon terbaik dengan ciri-ciri 'winnable' atau 'kebolehmenangan'.
"Jawatankuasa ini juga harus mempunyai 'war room' dimana maklumat terkini pilihan raya dan strategi boleh dirangka bersama.
"Selain itu, Pakatan Harapan boleh menubuhkan kumpulan pakar-pakar untuk merangka polisi terbaik yang boleh dilaksanakan Pakatan apabila mereka memenangi pilihanraya nanti," katanya.
Turut hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan, pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan naib presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
#Tun Mahathir Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan