awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan sejenis hendak diiktiraf di negara ini? 'Kita tolak!', kata Anwar Ibrahim

Bernama
Bernama
30/09/2018
10:38 MYT
Perkahwinan sejenis hendak diiktiraf di negara ini? 'Kita tolak!', kata Anwar Ibrahim
ANWAR: Kita tolak!
Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu supaya perkahwinan sejenis diiktiraf di negara ini.
"Apa yang mereka buat, kita tak tahu... itu dia dengan Tuhan... tetapi nak paksa kita terima kahwin sesama jenis, kita tolak," katanya yang menyifatkan tidak wajar bagi golongan yang memperjuangkan agenda lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) memaksa pihak lain menerima pandangan mereka.
Ketua Umum PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maal Hijrah di Masjid Jamek Pasir Panjang di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi PH dan PKR Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar.
Majlis itu dihadiri 200 penduduk tempatan dan ia program ketiga dalam siri kempennya hari ini selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Besar Port Dickson awal pagi ini dan merasmikan jamuan Tokong Dewa Chi San Liang Gong di Bukit Pelandok di sini.
PRK Port Dickson menyaksikan saingan tujuh penjuru melibatkan PH, Pas dan lima calon Bebas termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
SPR menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#LGBT
#pas umno
#Perkahwinan sejenis
#PKR
#PRK Port Dickson
#tujuh penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan