Sebuah perkampungan haram yang terletak di dalam hutan di Segambut Dalam di sini yang didiami lebih 100 warga asing diserbu pihak berkuasa dalam Op Sapu yang dijalankan awal pagi ini.
Ketua Unit Aduan Risikan Operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur Mohd Sharulnizam Ismail berkata menerusi serbuan di lokasi kira-kira 500 meter ke dalam hutan yang bermula 1.30 pagi itu, pihaknya menahan seramai 80 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan.
"Sebanyak 117 orang telah diperiksa dan 80 daripadanya ditahan yang terdiri daripada 70 lelaki dan 10 wanita.
"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 42 warga Bangladesh, 37 dari Indonesia dan seorang daripada mereka berasal dari Vietnam," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi kira-kira 4 pagi.
Katanya pendatang tanpa izin yang berusia 20 hingga 45 tahun itu akan dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Mohd Sharulnizam, mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) C akta yang sama.
Mohd Sharulnizam berkata penempatan itu dipercayai dibina sejak tiga tahun lepas dan serbuan kali ini merupakan kali pertama dilakukan di tempat yang berpagar zink tersebut.
Kediaman sebanyak 50 pintu yang lengkap dengan kemudahan air dan elektrik itu dibuat daripada papan dan zink dan terdapat juga majikan kepada sebahagian pendatang tanpa izin itu membina rumah kontena.
"Kesemua mereka ini dipercayai bekerja di kawasan sekitar ini termasuk di tapak pembinaan. Terdapat juga surau dan kantin dibina di sini. Selain itu, ada ayam-ayam dikurung disangkar dipercayai untuk tujuan sabung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 23 2019
Pendatang asing dalam serbuan itu ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa dan tidak memiliki dokumen sah. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.