awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkembangan terkini PKPB dijangka diketahui hari ini

Bernama
Bernama
10/05/2020
04:16 MYT
Perkembangan terkini PKPB dijangka diketahui hari ini
Orang ramai digalakkan memakai pelitup separuh muka ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19 walaupun ia tidak diwajibkan. - Gambar fail
Perkembangan selanjutnya mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangka diketahui melalui perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual berlangsung hari ini.
Namun begitu apa jua keputusan kerajaan, rakyat tetap perlu membiasakan diri dengan kelaziman baharu iaitu mengamalkan disiplin sosial yang tinggi, mematuhi jarak sosial, dan mementingkan tanggungjawab sosial untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 dalam masyarakat.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan sejak 18 Mac lepas sudah memasuki hari ke-54, tindakan yang diambil kerajaan itu sememangya membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam mengawal serta melandaikan keluk kes COVID-19 di negara ini.
Dalam pada itu kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan PKPB yang dilaksanakan pada 4 Mei lepas bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula walaupun PKP keempat sepatutnya berakhir pada Selasa ini.
Ekoran pelaksanaan itu, pusat membeli-belah sudah boleh beroperasi, orang ramai boleh mengunjungi restoran untuk menjamu selera dan kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang. Namun kesemua itu masih perlu mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan.
Justeru itu, tiada istilah 'merdeka' dalam situasi ini kerana selagi vaksin merawat pandemik maut itu tidak ditemui, setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kita menang 'peperangan' virus ini.
Sedikit berbeza semalam, setelah hampir lima bulan bekerja tanpa henti memberikan perkembangan terkini mengenai COVID-19 kepada rakyat, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang juga antara orang terpenting dalam menangani pandemik itu diberikan 'cuti' oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.
BACA: 'Kasi peluanglah' Dr Noor Hisham rehat hari ini
Namun pihak KKM masih memberikan perkembangan terkini mengenai COVID-19 menerusi kenyataan media dengan laporan jumlah kumulatif kes COVID-19 pulih sepenuhnya dan telah dibenar pulang daripada wad mencapai 74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes manakala 54 kes baharu direkodkan.
Sekali lagi diingatkan COVID-19 bukan perkara remeh, tanamlah normal baharu itu dalam diri ketika keluar dari rumah, orang ramai digalakkan memakai pelitup separuh muka ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COVID-19 walaupun ia tidak diwajibkan.
Amalkan kawalan kendiri dan elakkan bersesak-sesak dengan orang ramai, tidak kira di mana sahaja anda berada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ekonomi
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#Noor Hisham Abdullah
#Perdana Menteri
#PKPB
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan