awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan aerotrain di KLIA kini mula beroperasi

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2016
10:13 MYT
Perkhidmatan aerotrain di KLIA kini mula beroperasi
Kelihatan beberapa penumpang 'aerotrain' terkandas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas kerosakan dua buah kereta api berkenaan pada jam 8 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
Salah sebuah keretapi pengangkut penumpang aerotrain di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang dilaporkan mengalami kerosakan, kembali beroperasi pada jam 10.38 pagi tadi.
Jurucakap Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyatakan, perkhidmatan bas juga telah disediakan bagi menangani insiden berkenaan.
“Masalah kesesakan yang berlaku telah diselesaikan pada jam 10.15 pagi tadi. Perkhidmatan bas juga telah diteruskan, walaupun salah sebuah kereta api yang terbabit telah kembali beroperasi. Kami memohon maaf kepada pengguna berhubung kesulitan yang dihadapi,” kata pegawai MAHB kepada Berrnama.
Sebelum ini, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kemarahan berikutan kerosakan dua buah Aerotrain di KLIA pada jam kira-kira 8 pagi. - Foto Astro AWANI
Sebelum ini, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kemarahan berikutan kerosakan dua buah Aerotrain di KLIA pada jam kira-kira 8 pagi. - Foto Astro AWANI
Dalam satu kenyataan di Facebook, MAHB menyatakan perkhidmatan aerotrain yang menghubungkan terminal utama dan bangunan satelit itu terganggu disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan.
“Sila ke kaunter kami jika anda memerlukan bantuan. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” kata MAHB.
Sebelum ini, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kemarahan berikutan kerosakan dua buah Aerotrain di KLIA pada jam kira-kira 8 pagi.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataannya di Twitter pada jam 9.02 pagi turut berkata “ramai penumpang terkandas di balai ketibaan KLIA berikutan kerosakan keretapi Aerotrain. MAHB dan menteri-menteri tolong lakukan sesuatu”.
Passengers stranded on arrival at KLIA now. Trains not functioning. Pls do something MAB & Minister. pic.twitter.com/XKlTYUsUo1
— Zambry Abd Kadir (@ZambryOfficial) May 27, 2016
8 April lalu, perkhidmatan Aerotrain dihenti sementara kira-kira jam 10.27 malam. Menurut MAHB, perkhidmatan itu tertunda untuk mendapatkan penyelenggaraan baiki kerosakan.
Penumpang terkandas, eerotrain dihenti sementara pada 8 April yang lalu
Topic Berkaitan
#aerotrain
#KLIA
#MAHB
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan