Skip to main content

Malaysia

Perkhidmatan ATM BSN kembali beroperasi

71453290759_bsn.jpg
Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN.

BSN dalam kenyataan malam tadi berkata untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi Selasa (22 Jan) dan beroperasi seperti biasa bermula pukul 7 pagi.

"Kami amat menghargai kesabaran anda dan akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik," katanya.

Sistem perbankan teras BSN mengalami gangguan sejak 6.10 pagi Sabtu (19 Jan), dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan serta saluran perbankan automatik kecuali kemudahan Kad Kredit BSN.

-- BERNAMA



Advertisement

Must Watch Video