Tutup

Perkhidmatan kereta api Malaysia nombor tiga selepas Jepun dan Korea

Perkhidmatan kereta api Malaysia nombor tiga selepas Jepun dan Korea
Malaysia berada di tempat ketiga bagi rantau Asia Pasifik, di belakang Jepun dan Korea Selatan. - fotoBERNAMA (2016)
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kereta api di negara ini merupakan antara yang terbaik apabila disenaraikan di tempat ketiga bagi rantau Asia Pasifik.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF) itu, Malaysia berada di belakang Jepun dan Korea Selatan, yang masing-masing unggul di tempat pertama dan kedua.
Malaysia memperoleh skor 5.2 daripada 7, manakala Jepun dan Korea Selatan masing-masing memperoleh 6.6 dan 5.9.

Data yang dikumpul melalui kaji selidik itu mengambil kira empat aspek iaitu kekerapan, ketepatan masa, kelajuan dan harga.
Peserta kaji selidik diminta memberikan rating 1 sebagai tidak cekap, dan 7 untuk paling cekap.

Turut tersenarai dalam 10 perkhidmatan kereta api terbaik di Asia Pasifik ialah Indonesia, China dan Australia.

Senarai 10 perkhidmatan tren terbaik di Asia Pasifik.