awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas lagi

Bernama
Bernama
24/04/2017
09:39 MYT
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas lagi
Bagi LRT Kelana Jaya yang menggunakan sistem tanpa pemandu, sekiranya terdapat masalah, juruteknik yang berada di stesen akan diarahkan mengambil alih tugas pemanduan tren. -Gambar fail
Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya terjejas akibat menghadapi masalah teknikal hari ini.
Jurucakap Prasarana Malaysia Bhd ketika dihubungi Bernama berkata gangguan sistem isyarat itu melibatkan stesen Taman Paramount dan Taman Jaya di laluan Kelana Jaya bermula pukul 6.30 pagi.
"Tren perlu dipandu secara manual apabila melalui sektor tersebut menyebabkan berlaku kelewatan.
"LRT Kelana Jaya menggunakan sistem tanpa pemandu...apabila terdapat masalah kami perlu mengarahkan juruteknik yang berada di stesen mengambil alih tugas pemanduan tren," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan LRT di laluan itu telah pulih sepenuhnya pada kira-kira pukul 11 pagi tadi setelah kerja-kerja membaikpulih selesai dilakukan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT
#Malaysia
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan