awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
07/09/2016
04:16 MYT
Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Beratus-ratus pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) terkandas pagi ini susulan gangguan bekalan elektirk dari Stesen Masjid Jamek ke Ampang Park.
BERATUS-RATUS pengguna tren terkandas pagi ini susulan gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).
Menurut MyRapidKL menerusi akaun Facebooknya, tren aliran Kelana Jaya mengalami kelewatan disebabkan gangguan bekalan elektrik dari Masjid Jamek ke Ampang Park.
Pihaknya, dalam pada itu, menyediakan pengangkutan alternatif untuk melancarkan perjalanan pengguna.
Antaranya, perkhidmatan bas ulang-alik di beberapa stesen LRT termasuk Masjid Jamek dan KL Sentral, juga tren alternatif dari Putra Heights untuk berpatah balik di Masjid Jamek.
"Kita menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dari Stesen Sri Rampai ke Masjid Jamek untuk kemudahan pengguna.
"Penumpang di KL Sentral boleh beralih ke perhentian bas di Jalan Brickfields. Bas ulang-alik ke KLCC akan disediakan," kata RapidKL dalam beberapa siri tweetnya.
KJ Line: We are providing alternate train service from Putra Heights to turn back at Masjid Jamek. Follow updates.
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) September 6, 2016
KJ Line: We are providing shuttle buses from Sri Rampai to Masjid Jamek. Please follow updates.
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) September 6, 2016
KJ Line: Passengers at KL Sentral, please proceed to Bus Stop Jln Brickfield. Shuttle bus heading to KLCC will wait for you there. (1/2)
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) September 7, 2016
KJ Line: Shuttle buses WVJ8274, WVC3448 ferry passengers from Sri Rampai and ply Ampang park-KLCC-Dang Wangi-Masjid Jamek
— RapidKL 03-78852585 (@MyRapidKL) September 7, 2016
Pada kira-kira jam 9 pagi, bekalan elektrik di antara stesen Setiawangsa ke Damai dipulihkan.
“Pasukan teknikal masih meneruskan kerja untuk memulihkan bekalan elektrik bagi keseluruhan laluan," kata RapidKL di akaun Twitternya.
Sementara itu, netizen menggunakan platform media sosial untuk mengadu serta melahirkan rasa kecewa mereka terhadap perkhidmatan tren.
Netizen turut mempersoalkan keberkesanan servis tren yang sering mengalami gangguan teknikal pada musim hujan sehingga menyebabkan ramai penumpang terperangkap dan lewat ke tempat kerja.
adakah LRT @MyRapidKL mudah rosak jika terkena hujan?
— Azfar Ismail (@azfarismail) September 7, 2016
Dah lama hujan stop. Nak tgu dpt naik lrt lama. Dah naik lrt, stop setiap stesen 10min. Pukul 11 dan masih tak masuk office lg.
— Allyn (@alynn_lin) September 7, 2016
Nak tanya, lrt memang akan selalu ada masalah teknikal ke kalau hujan??? @AskRapidKL
— Aifa93 (@Aifa93) September 7, 2016
Way to start your Wednesday morning. Hujan lebat. LRT @MyRapidKL stuck between Ampang Park & Masjid Jamek. Awesome pic.twitter.com/uuJy3kXeBi
— Aqilah Niza (@Aqilah_Niza) September 6, 2016
Topic Berkaitan
#gangguan LRT
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan