Jika semalam aktivis sosial Syed Azmi mendedahkan 7 cerita mangsa pedofilia, hari ini beliau terus mendedahkan pelbagai cerita yang dikongsikan kepadanya menerusi Facebook.

Pendedahan pelbagai kisah yang sebelum ini menjadi taboo kepada masyarakat, dengan menggunakan medium media sosial aktivis sosial itu dengan berani membuka pekung yang selama ini tersimpan rapi.

Cerita sedih yang dikongsi pelbagai golongan cukup menyayat hati untuk dibaca satu persatu.

Antara kisah mangsa yang berlaku di rumah, malah di sekolah asrama mahu pun di penjara telah dikongsikan oleh pelbagai latarbelakang.

Kisah-kisah ini wajar diambil perhatian kerana ia sememangnya berlaku di negara ini.