awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan

Hilal Azmi
Hilal Azmi
11/07/2017
23:30 MYT
Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding keibubapaan
Anak-anak perlu diterapkan nilai empati agar mereka faham erti perasaan. - Gambar Fail
Kejadian buli di sekolah, selain pengaruh rakan sebaya, turut disumbang sikap membuli yang diamalkan sebilangan ibu bapa.
Perunding keibubapaan Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.
Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.
Noor Afidah Abu Bakar berkata perlakuan buli dalam keluarga, terutamanya membabitkan ibu bapa yang menekan anak secara emosi dan mental, berlaku secara tanpa sedar.
"Dalam kebanyakan kes, anak tidak tahu cara terbaik untuk berinteraksi dengan orang lain.
"Rata-rata anak tidak faham erti perasaan sedih, kecewa atau marah dengan sebarang tindakan yang dilakukan akibat tiada rasa empati dalam diri mereka.
"Jadi, sebagai ibu bapa, kita perlu ajar anak serta ahli keluarga tentang empati, iaitu keupayaan untuk memahami perasaan orang lain," katanya ketika ditemui Astro AWANI pada Selasa.
Noor Afidah yang juga pengamal keibubapaan bertauliah dari United Kingdom turut menjelaskan ibu bapa perlu banyak meluangkan masa dengan anak agar lebih faham personaliti serta kaedah menguruskannya dengan lebih berhemah.
"Tugas hakiki seorang anak sejak lahir ialah untuk meraih perhatian daripada ibu bapanya.
"Saya akui pada zaman kini agak mencabar untuk meluangkan masa bersama anak-anak, tetapi sekurang-kurangnya ada salah seorang yang memberi tumpuan setiap hari," jelas Noor Afidah.
Apabila seorang anak mengalami defisit perhatian daripada ibu bapanya, anak tersebut akan melakukan apa saja cara bagi mendapatkan perhatian termasuklah dengan perbuatan buli. -Gambar hiasan
Apabila seorang anak mengalami defisit perhatian daripada ibu bapanya, anak tersebut akan melakukan apa saja cara bagi mendapatkan perhatian termasuklah dengan perbuatan buli. -Gambar hiasan
Beliau menambah apabila seorang anak mengalami defisit perhatian daripada ibu bapanya, anak tersebut akan melakukan apa saja cara bagi mendapatkan perhatian termasuklah dengan perbuatan buli.
"Biasanya, bila anak membuli, dia akan mendapat perhatian daripada ibu bapanya. Jadi, anak akan suka membuli kerana ia boleh mendatangkan perhatian daripada ibu bapanya.
"Perlu diingat, sebarang perhatian, biarpun datang daripada perbuatan negatif, ialah sesuatu yang baik bagi seorang anak yang dahagakan perhatian.
Anak akan suka membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya. -Gambar hiasan
Anak akan suka membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya. -Gambar hiasan
Bagi menyelesaikan masalah ini, Noor Afidah menyarankan ibu bapa agar merapatkan hubungan dengan anak mereka yang terbabit dengan kejadian buli.
"Rapatkan diri dengan anak, bimbing mereka kepada tingkah laku yang betul.
"Apa yang penting jangan berputus asa kerana si anak tiada orang lain yang boleh mereka harapkan melainkan ibu bapanya sendiri.
"Jadi, ibu bapa perlu fokus kepada perkara positif yang dilakukan anak agar lebih banyak perkara baik dibuatnya bagi mendapatkan perhatian kita," tambahnya.
Topic Berkaitan
#bahaya buli
#buli
#buli di rumah
#buli di sekolah
#Noor Afidah Abu Bakar
#perunding keibubapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan