Kerajaan Negeri Sabah berharap tindakan tegas dapat diambil pihak berkuasa dalam usaha menangani aktiviti pengeboman ikan di negeri itu.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta supaya mana-mana nelayan yang menggunakan kaedah tersebut untuk dikenakan hukuman lebih berat.
Ini susulan kejadian segelintir nelayan tempatan yang disyaki terlibat dengan melakukan aktiviti pengeboman ikan sehingga menyebabkan tiga penyelam maut di perairan Semporna, baru-baru ini.
“Penggunaan bom itu satu perkara yang seharusnya ditegah dengan hukuman yang berat,” katanya selepas merasmikan majlis penyampaian anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2019 di Kota Kinabalu, pada Ahad.
Terdahulu, dalam kejadian antara jam 2 hingga 4 petang Jumaat lalu, tiga penyelam maut selepas terkena bom ikan ketika melakukan aktiviti menyelam berhampiran Pulau Kalapuan, Semporna.
Mereka yang maut adalah seorang lelaki tempatan dikenali sebagai Zainal Abdun, 31, dan dua warga China, Zhao Zheng dan Xu Yingjie.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata isu bom ikan sudah terlalu lama dibiarkan di Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna itu berkata, isu ini telah disuarakan berulang kali sebelum ini untuk memastikan aktiviti pengeboman ikan tidak menular.
Mengulas mengenai insiden yang menyebabkan kematian tiga penyelam itu, Mohd Shafie menasihatkan penduduk kampung yang mempunyai maklumat tentang pelaku aktiviti bom ikan itu untuk segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.
“Ini (penggunaan bom ikan) merupakan satu langkah yang bukan memberikan keuntungan jangka panjang kerana kita tahu mereka (pelaku) menggunakan bom sianida, satu racun untuk kesihatan manusia dan racun itu akan boleh masuk ke dalam perut dan menyebabkan pelbagai penyakit,” tambahnya.
Ruzaini Zulkepli
Sun Jul 07 2019
Menurut laporan, Semporna merekodkan kes tangkapan tertinggi membabitkan bom ikan dan bahan letupan daripada tahun 2017 hingga enam bulan pertama tahun ini bagi seluruh Sabah. - Gambar hiasan
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Tular bom ikan: Spesies asli banyak yang mati
Ia termasuk jenis terubuk, lampam dan beberapa spesies lain yang merupakan ikan asli di Sungai Singor, Hutan Simpan Temenggor, Gerik, Perak.
Mangsa parah terkena bom ikan meninggal dunia
Mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.20 pagi selepas tiga hari menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Taiping.
Bom ikan: Enam sekeluarga terkejut lihat lelaki berlumuran darah
Mangsa yang maut mengalami kecederaan di leher manakala seorang lagi lelaki cedera parah di tangan dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.
Seorang maut, seorang lagi parah terkena bahan letupan buatan sendiri
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah terkena bahan letupan buatan sendiri di pusat rekreasi Lata Kekabu, pada Isnin.
Tiga ditahan tangkap hasil laut guna bom ikan
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pasukan PPM Kota Kinabalu turut merampas beberapa peralatan mengebom ikan.
Sabah akan bina pos kawalan di Pulau Tiga
Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata Pulau Tiga sering berdepan dengan masalah pencerobohan oleh nelayan tempatan dan asing, selain penggunaan bom ikan yang menjadi ancaman kepada hidupan marin.
Dua individu ditahan disyaki jual peralatan bom ikan
Polis menahan dua individu lelaki yang dipercayai terlibat aktiviti menjual bom ikan di rumah atas air Kampung Sri Langgas, Kunak sekitar jam 6 pagi Ahad.
Dua lelaki ditahan dipercayai mengebom ikan di Pulau Gaya
Dalam operasi yang dijalankan pada jam 6 petang itu, seorang daripada lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri manakala seorang lagi adalah warga tempatan berusia 34 tahun.
239 kes bom ikan, penguatkuasa berdepan cabaran
Timbalan Menterinya Sim Tze Tzin berkata, daripada 239 kes tangkapan, sebanyak 36 kes sudah didakwa di mahkamah, yang majoritinya berlaku di perairan Sabah.
Jurulatih selaman yang maut pernah diugut bunuh
Omar berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kematian mangsa serta meneliti semua sudut bukti.