Ibu bapa perlu menyedari bahawa kemahiran berbahasa Inggeris perlu diterapkan kepada para pelajar sekolah di negara hari ini dalam mendepani Revolusi Industri (IR) 4.0, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Menurut Maszlee, bidang sains, pengatucaraan komputer, kepintaran buatan (AI) dan lain-lain dalam bidang teknologi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Jelas beliau, ibu bapa perlu memastikan anak-anak menguasai kemahiran dalam IR4.0 kerana banyak peluang pekerjaan baharu akan wujud pada masa akan datang.
"Di era IR4.0 ini, kurikulum kita mesti menjurus kepada IR4.0, kita perlu akui bahasa teknologi IR4.0 adalah berasaskan bahasa Inggeris. Sains, robotik, pengaturcaraan, semuanya berteraskan bahasa Inggeris.
"Kalau nak kuasai segmen itu kita memerlukan bahasa Inggeris," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran laporan tahunan 2018 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, di sini, pada Isnin.
Dr Maszlee juga menjelaskan banyak peluang-peluang pekerjaan dan kepakaran baharu yang tidak pernah ada pada masa ini akan wujud kesan daripada IR4.0.
"Kita melihat dalam menghadapi IR4.0 kita dihadapkan kepakaran yang tak pernah wujud, bidang yang dulunya tidak ada.
"Ini buka ruang pekerjaan baru, pekerjaan yang wujud 20-30 tahun akan datang tidak wujud 20 hingga 30 tahun lepas.
"Kita perlu lengkapkan anak-anak kita dengan kemahiran IR4.0 dan kebanyakan kemahiran ini yang mana bahasa untuk memahaminya adalah bahasa Inggeris," katanya lagi.
Pada 16 Julai, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Putrajaya akan mengkaji pelaksanaan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan menggunakan sistem baharu.
Dr Mahathir berkata dengan penggunaan teknologi maklumat (IT), pengajaran guru terbaik akan direkodkan untuk digunakan di semua sekolah sekali gus kecekapan mereka dapat dikongsi semua murid dan mencapai hasil hampir sama.
Sebelum itu, dalam ucapannya Maszlee berkata Laporan Tahunan 2018 PPPM 2013-2025 mendedahkan pencapaian kadar lulus bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menurun daripada 79.1 peratus pada 2017 kepada 78.4 peratus pada 2018.
"Walaupun perhatian dan pelaburan besar diberikan terhadap Inisiatif Peningkatan Bahasa Inggeris serta tumpuan khusus diberikan kementerian terhadap usaha ini pencapaian kadar lulus bahasa Inggeris peringkat SPM telah menurun.
"Walaupun sasaran kita hanyalah untuk mengambil guru-guru terbaik ke dalam Institut Latihan Guru, namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, guru-guru pelatih dalam kalangan murd berpencapaian tinggi SPM menurun secara konsisten," katanya.
Maszlee juga berkata KPM sedang melihat semula PPPM 2013-2025 untuk memastikan kesesuai dengan keadaan semasa.
"Walaupun visi dan misi kita kekal sama, cara kita melaksanakan sesuatu kerja perlu ditambah baik secara drastik," kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.
Irwan Muhammad Zain
Mon Jul 29 2019
Dr Maszlee berkata ibu bapa perlu lengkapkan anak-anak kita dengan kemahiran IR4.0 dan kebanyakan kemahiran ini yang mana bahasa untuk memahaminya adalah bahasa Inggeris - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Google Vids diperkenal untuk mudahkan penghasilan pembentangan video, dikuasakan AI
GOOGLE semalam memperkenalkan produk baharu di bawah Google Workspace, dinamakan sebagai Google Vids.
Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.
Fakulti AI UTM dijangka dirasmikan 3 Mei depan
Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dijangka dirasmikan pada 3 Mei depan.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Apple mungkin tawarkan stor aplikasi AI
Siri juga dikatakan akan diintegrasikan dengan AI, iPhone boleh memproses AI terus dari dalam peranti.
AS bawa resolusi AI ke PBB
AS bersama 40 rakannya dari negara lain berkata AI mempunyai potensi besar untuk membentuk ekonomi, masyarakat dan dunia menjadi lebih baik.
KPT kerjasama dengan UTM bangunkan fakulti AI pertama - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia.
Penggunaan teknologi AI, payung Rahmah tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu berkaitan kawalan dan pemantauan penggunaan media sosial dan teknologi AI serta inisiatif payung Rahmah menjadi antara tumpuan.