Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Permintaan bagi perkhidmatan udara mulai pulih selepas paras terendah pada April - IATA

April dianggap bencana bagi penerbangan kerana perjalanan udara hampir sepenuhnya dihentikan. Reuters
KUALA LUMPUR: Permintaan terhadap perkhidmatan udara mulai pulih selepas mengalami prestasi terendah pada April, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia berkata permintaan penumpang pada April (diukur berdasarkan perolehan daripada penumpang mengikut kilometer atau RPK) merosot 94.3 peratus berbanding pada April 2019, disebabkan sekatan perjalanan berikutan COVID-19 yang hampir menghentikan perjalanan udara domestik dan antarabangsa.
Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alexandre de Juniac berkata kadar penurunan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah siri trafik IATA, yang bermula pada 1990.

"Baru-baru ini, angka menunjukkan jumlah penerbangan harian meningkat 30 peratus di antara titik rendah pada 21 April dan 27 Mei. Ini terutama dalam dan luar operasi domestik daripada asas yang sangat rendah (5.7 peratus daripada permintaan 2019).
"Walaupun kenaikan ini tidak ketara bagi dimensi industri pengangkutan udara global namun ia menunjukkan industri telah menyaksikan prestasi terendah akibat krisis ini, sekiranya tidak berulang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata di samping itu, ia juga merupakan isyarat pertama penerbangan yang memulakan semula proses yang panjang untuk menawarkan kembali kesalinghubungan.

Tempoh April adalah bencana bagi penerbangan kerana perjalanan udara hampir sepenuhnya dihentikan, namun bulan itu juga menunjukkan krisis semakin reda dengan jumlah penerbangan semakin meningkat, katanya.
Permintaan terhadap perkhidmatan udara mulai pulih selepas mengalami prestasi terendah pada April, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia berkata permintaan penumpang pada April yang diukur berdasarkan perolehan daripada penumpang mengikut kilometer (RPK) merosot 94.3 peratus berbanding pada April 2019.

Ini disebabkan sekatan perjalanan berikutan COVID-19 yang hampir menghentikan semua perjalanan udara domestik dan antarabangsa.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA, Alexandre de Juniac berkata kadar penurunan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah siri trafik IATA, yang bermula pada 1990.

"Baru-baru ini, angka menunjukkan jumlah penerbangan harian meningkat 30 peratus di antara titik rendah pada 21 April dan 27 Mei. Ini terutama dalam dan luar operasi domestik daripada asas yang sangat rendah (5.7 peratus daripada permintaan 2019).

"Walaupun kenaikan ini tidak ketara bagi dimensi industri pengangkutan udara global namun ia menunjukkan industri telah menyaksikan prestasi terendah akibat krisis ini, sekiranya tidak berulang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata di samping itu, ia juga merupakan isyarat pertama industri penerbangan akan memulakan kembali proses yang panjang untuk menawarkan perkhidmatan.

April diangggap tempoh bencana bagi industri penerbangan kerana perjalanan udara dihentikan hampir sepenuhnya, namun bulan itu juga menunjukkan krisis semakin reda dengan jumlah penerbangan semakin meningkat, katanya.

"Negara-negara mula menarik balik sekatan pergerakan dan keyakinan perniagaan dilihat semakin baik di pasaran utama seperti China, Jerman, dan Amerika Syarikat (AS).

"Ini adalah tanda-tanda positif memandangkan kita mula membangunkan kembali industri. Pertumbuhan baharu akan mengambil masa - mungkin bertahun-tahun - untuk mencapai kematangan," katanya.

IATA berkata pada minggu pertama April, kerajaan di 75 peratus pasaran yang dipantaunya menyekat kemasukan sepenuhnya manakala 19 peratus lagi mengenakan sekatan perjalanan terhad atau keperluan kuarantin wajib bagi ketibaan antarabangsa, dengan kenaikan penerbangan awal tertumpu di pasaran domestik.

Ia berkata permintaan penumpang antarabangsa April jatuh 98.4 peratus berbanding April 2019, kemerosotan daripada penurunan 58.1 peratus yang dicatatkan pada Mac.

Kapasiti pula jatuh 95.1 peratus, dan faktor bebanan susut 55.3 mata peratusan kepada 27.5 peratus.

Trafik penerbangan Asia-Pasifik pada April merosot 98.0 peratus berbanding dengan tempoh tahun lepas, lebih buruk daripada penurunan 70.2 peratus pada Mac manakala kapasiti turun 94.9 peratus dan faktor bebanan jatuh 49.9 mata peratusan kepada 31.3 peratus, kata persatuan itu.

Dalam pada itu, trafik domestik turun 86,9 peratus pada April, dengan penurunan paling tinggi dicatat di Australia (-96.8 peratus), Brazil (-93.1 peratus) dan AS (-95.7 peratus).

Prestasi itu adalah kemerosotan ketara berbanding penurunan 51.0 peratus pada Mac. Kapasiti domestik turun 72.1 peratus dan faktor muatan kurang 44.3 mata peratusan kepada 39.5 peratus.

de Juniac berkata bagi penerbangan, April adalah tempoh paling buruk kerana kerajaan mengambil tindakan drastik untuk memperlahankan penularan wabak itu namun terpaksa menanggung kerugian ekonomi daripada kemelesetan global.

"Syarikat penerbangan akan menjadi kunci kepada pemulihan ekonomi. Penting untuk industri penerbangan bersiap siaga dengan langkah-langkah keselamatan bio yang diyakini oleh penumpang dan pekerja pengangkutan udara. Itulah sebabnya pelaksanaan garis panduan global Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk memulakan semula penerbangan dengan selamat menjadi keutamaan teratas," katanya.

'Takeoff: Guidance for Air Travel through the COVID-19 Public Health Crisis' (Pelepasan: Garis Panduan bagi Perjalanan Udara semasa Krisis Kesihatan Awan COVID-19) oleh Majlis ICAO adalah rangka kerja autoritatif dan komprehensif mengenai tindakan sementara berdasarkan risiko untuk operasi pengangkutan udara semasa krisis COVID-19.

Ia dirangka menerusi perundingan secara meluas dengan kerajaan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dan dengan nasihat utama daripada kumpulan industri penerbangan termasuk IATA, Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), Pertubuhan Perkhidmatan Pandu Arah Udara Awam (CANSO) serta Majlis Penyelarasan Antarabangsa bagi Persatuan Industri Aeroangkasa (ICCAIA).

"Kami menyokong sepenuhnya syor tersebut dan berharap dapat bekerja dengan kerajaan-kerajaan untuk pelaksanaan penyelarasan yang baik. Dunia tidak dapat menangguhkannya," kata de Juniac.

-- BERNAMA
"Negara-negara mula menarik balik sekatan pergerakan dan keyakinan perniagaan dilihat semakin baik di pasaran utama seperti China, Jerman, dan Amerika Syarikat (AS).

"Ini adalah tanda-tanda positif memandangkan kita mula membangunkan kembali industri. Pertumbuhan baharu akan mengambil masa -- mungkin bertahun-tahun -- untuk mencapai kematangan," katanya.

IATA berkata pada minggu pertama April, kerajaan di 75 peratus pasaran yang dipantaunya menyekat kemasukan sepenuhnya manakala 19 peratus lagi mengenakan sekatan perjalanan terhad atau keperluan kuarantin wajib bagi ketibaan antarabangsa, dengan kenaikan penerbangan awal tertumpu di pasaran domestik.

Ia berkata permintaan penumpang antarabangsa April jatuh 98.4 peratus berbanding April 2019, kemerosotan daripada penurunan 58.1 peratus yang dicatatkan pada Mac. Kapasiti pula jatuh 95.1 peratus, dan faktor bebanan susut 55.3 mata peratusan kepada 27.5 peratus.