awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan baharu BR1M 2016 dibuka mulai Sabtu ini - Husni

Bernama
Bernama
02/12/2015
13:53 MYT
Permohonan baharu BR1M 2016 dibuka mulai Sabtu ini - Husni
Permohonan BR1M dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. - Gambar fail
Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemas kini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.
Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian.
"Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih," katanya.
Ahmad Husni berkata bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.
"Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran," katanya.
"Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016," katanya.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Topic Berkaitan
#Ahmad Husni Hanadzlah
#BR1M
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan