awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan Bersih ditolak, DBKL cadang tarikh baru

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/08/2015
05:42 MYT
Permohonan Bersih ditolak, DBKL cadang tarikh baru
MOHD AMIN: Kita anggap mereka ini (peserta perhimpunan) macam warga kota lain selagi mereka menjaga kelakuan dan tidak mengganggu-gugat orang awam dan harta benda kerajaan. -Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan agar perhimpunan Bersih 4.0 diadakan seminggu selepas sambutan Hari Kebangsaan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin berkata kedua-dua lokasi yang dimohon penganjur telah ditempah lebih awal untuk acara lain.
"Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya akan terlibat dengan persiapan perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan.
"Manakala Padang Merbok akan digunakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai lokasi penyimpanan logistik dan penempatan kandang kuda bagi tujuan perbarisan," katanya dalam sidang media di sini.
Sidang media itu diadakan selepas pihaknya mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
Tambah Amin, pihaknya akan melayan peserta perhimpunan Bersih 4.0 sebagai orang awam pada tarikh itu memandangkan mereka tidak mahu berganjak daripada tarikh asal untuk mengadakan perhimpunan.
"Ini bukan bermakna kita benarkan. Kita anggap mereka ini (peserta perhimpunan) macam warga kota lain selagi mereka menjaga kelakuan dan tidak mengganggu-gugat orang awam dan harta benda kerajaan; toleransi itu masih ada.
"Tetapi kalau hendak mendirikan khemah mereka memerlukan kebenaran," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Amin Nordin
#Bersih
#DBKL
#Hari Kebangsaan
#Maria Chin Abdullah
#permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan