Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Rabu mengumumkan permohonan untuk menyertai National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) MOSTI kini dibuka.
MOSTI dalam kenyataan pada Rabu berkata syarikat pemula teknologi boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS di https://sandbox.gov.my.
Katanya empat jenis skim pembiayaan boleh didapati di bawah NTIS termasuk Single Site Sandbox yang menawarkan pembiayaan maksimum sebanyak RM250,000 dalam bentuk geran sepenuhnya dan penyelesaian sandbox di lokasi tunggal.
"Kedua ialah Multi-Site Sandbox dengan pembiayaan maksimum sebanyak RM500,000 dalam bentuk geran separa (70 peratus) untuk membiayai kos penyelesaian sandbox di pelbagai lokasi; ketiga ialah skim pengkomersialan dengan pembiayaan maksimum RM4 juta dalam bentuk dana hibrid, geran dan nota janji boleh ubah untuk membiayai kos pengkomersialan penyelesaian sandbox.
"Terakhir ialah Padanan Dana dengan Pelabur/Syarikat Korporat, dengan peruntukan maksimum RM15 juta sebagai dana padanan dengan pelabur dan syarikat korporat.
"Instrumen pembiayaan akan tertakluk kepada persetujuan antara MTDC (Malaysia Technology Development Corporation) serta pelabur dan syarikat korporat yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM100 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk NTIS, bagi membantu proses pendigitalan negara.
NTIS diterajui oleh MOSTI dengan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) sebagai sekretariat utama dibantu oleh Technology Park Malaysia (TPM), MIMOS Bhd, MTDC dan Futurise Sdn. Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Syarikat pemula teknologi boleh mula memohon melalui laman web rasmi NTIS.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Laluan di LKSA dibuka semula kepada pengguna
LKSA telah menempatkan pasukan peronda dan pengguna dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran.
Pendakian Gunung Kinabalu dibuka semula kepada orang awam
Semua pejabat dan stesen Taman-Taman Sabah (TTS), termasuk pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula kepada orang awam bermula 16 Sept.
MOTAC sasar Langkawi jadi destinasi pelancongan pertama dibuka - Nancy
MOTAC menyasarkan Pulau Langkawi menjadi destinasi pelancongan yang pertama dibuka kepada orang ramai.
Pakej umrah: Bakal jemaah terkesan diminta bincang semula dengan agensi pelancongan
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) memohon agar bakal jemaah terkesan yang telah menempah pakej bagai menunaikan ibadah itu agar berbincang semula dengan agensi pelancongan.
Permohonan permit sementara bazar Ramadan di Bandaraya Pulau Pinang dibuka hari ini
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mempelawa mereka yang ingin menganjurkan bazar Ramadan di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan itu agar memohon permit sementara bermula hari ini.
COVID-19: Sekolah mula dibuka di England
Demi kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak, sekolah adalah antara pusat awam pertama yang dibuka semula.
KWSP tutup cawangan Shah Alam untuk sanitasi, buka semula Lahad Datu
Semua kakitangan di cawangan itu akan mengambil ujian swab dan jika didapati positif, akan menjalani kuarantin wajib selama 10 hari.
Permohonan NTIS kini dibuka - MOSTI
Empat jenis skim pembiayaan boleh didapati di bawah NTIS termasuk Single Site Sandbox yang menawarkan pembiayaan maksimum RM250,000.
Legoland dibuka semula kepada pengunjung
Selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19, Legoland Malaysia Resort kembali dibuka kepada pengunjung mulai semalam.
Selepas 104 hari ditutup, Menara Eiffel kembali dibuka
Selepas 104 hari ditutup, mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel, kembali dibuka kepada pengunjung pada Khamis.