awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pengampunan diraja untuk Anwar 'dilupuskan'

Sathesh Raj
Sathesh Raj
27/03/2015
06:11 MYT
Permohonan pengampunan diraja untuk Anwar 'dilupuskan'
Petisyen oleh keluarga Anwar untuk mendapatkan pengampunan diraja Ketua Pembangkang tersebut telah ditolak pada 16 Mac lalu.
Petisyen oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan pengampunan diraja bagi Ketua Pembangkang tersebut, yang kini sedang menjalani hukuman lima tahun atas kesalahan meliwat, telah "dilupuskan" pada 16 Mac oleh Lembaga Pengampunan.
Peguam Persekutuan Kanan, Amarjeet Singh yang menghantar afidavit kepada mahkamah pagi ini memaklumkan bahawa lembaga telah melupuskan petisyen itu.
Dengan pelupusan petisyen itu, Perlembagaan boleh dikatakan mempunyai pendirian yang jelas berkaitan dengan isu ini.
Afidavit yang disahkan oleh Ketua Pengarah bahagian undang-undang Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.
Afidavit itu menyeru bahawa Anwar harus kekal dalam tahanan.
Sebagai tindak balas kepada apa yang berlaku, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu Astro AWANI, mereka sedang menunggu pengesahan rasmi mengenai status petisyen itu pada Rabu depan.
Juga apabila ditanya, anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, apa-apa tindakan akan mengikuti pengesahan rasmi yang akan datang.
Keluarga Anwar telah memohon pengampunan diraja untuk sabitan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 24 Februari lalu.
Pengarah Komunikasi, PKR Fahmi Fadzil berkata isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Nuha telah pergi ke Istana Negara untuk menyerahkan permohonan itu, manakala Nurul Izzah telah mengemukakan surat rasmi kepada Parlimen bagi memaklumkan perkara itu.
Nurul Nuha, 31, iaitu anak perempuan kedua Anwar, dalam satu kenyataan telah berkata, petisyen itu dibuat berdasarkan kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
"Kami mempunyai keyakinan dalam proses perlembagaan dan percaya bahawa prinsip keadilan akan terserlah apabila semua fakta yang dikaji secara komprehensif tanpa campur tangan politik atau daripada mana-mana cawangan kerajaan selaras dengan pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Nurul Izzah
#Pengampunan Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan