awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan pertukaran 'guru duka lara' tidak dibekukan - Maszlee

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
01/08/2018
04:30 MYT
Permohonan pertukaran 'guru duka lara' tidak dibekukan - Maszlee
Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kelulusan pertukaran kepada guru yang memohon atas alasan untuk mengikuti pasangan. - Gambar hiasan
Kelewatan pemberian kelulusan bagi permohonan pertukaran guru yang bertugas di Sabah dan Sarawak yang ingin kembali ke Semenanjung adalah kerana kekurangan permohonan guru untuk bertukar ke dua negeri tersebut.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, sehingga kini bilangan guru memohon untuk keluar dari Sabah dan Sarawak adalah 5,573 permohonan berbanding yang ingin masuk mengajar di Sarawak dan Sabah hanya 857 permohonan.
“Permohonan mereka tidak dibekukan tetapi dipertimbangkan dan diberi keutamaan kepada mereka yang ingin masuk ke Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) di Dewan Rakyat hari ini.
Tambah Maszlee, antara faktor lain menyebabkan kelewatan kelulusan pertukaran guru adalah kekurangan guru pengganti, khususnya yang melibatkan subjek Pendidikan Islam.
Oleh itu, menurut beliau, tiada arahan pembekuan yang dikeluarkan kementeriannya.
"Kementerian Pendidikan memberi keutamaan kepada pemohon atas alasan untuk mengikuti pasangan, selain turut menimbangkan juga kelulusan bagi kes lain, seperti sakit kronik dan ancaman keselamatan,” kata Maszlee.
Topic Berkaitan
#beku permohonan
#duka lara
#guru
#guru pengganti
#kelewatan
#kelulusan
#Mahdzir Khalid
#Maszlee Malik
#pasangan
#permohonan
#pertukaran
#Sabah
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan