awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pernahkah beras tak cukup?' - CEO Bernas

Najib Aroff
Najib Aroff
12/06/2018
04:29 MYT
'Pernahkah beras tak cukup?' - CEO Bernas
Ismail ketika ditemui Astro AWANI hari ini. - Astro AWANI/Najib Aroff
Padiberas Nasional Berhad (Bernas) berkata sistem beras negara sedia ada perlu dikekalkan bagi menjamin keselamatan makanan dan juga nasib petani.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bernas, Ismail Mohamed Yusof, negara tidak pernah kekurangan beras sejak Bernas mula ditubuhkan dan tiada sebab jelas mengapa monopoli syarikat itu harus dihapuskan.
"Kita perlukan 'gatekeeper' tunggal, kalau buka kepada semua orang dan import terlebih, pengeluar tempatan tidak dapat jual padi mereka," katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham.
Tambahnya lagi alasan untuk menjadikan harga beras lebih murah juga tidak boleh diterima kerana harga beras memang sudah murah.
"Semangkuk beras di Malaysia berharga 26 sen. Hendak murah bagaimana lagi?" soalnya sambil menambah, harga beras di Malaysia antara yang termurah di rantau ini.
Ismail berkata Bernas juga selama ini tidak hanya menjalankan pernigaan bersandarkan aspek komersial sahaja, sebaliknya kebajikan petani turut diberi perhatian.
"Semua orang mahu cakap soal monopoli sahaja, soal kami jaga kebajikan petani tidak mahu dilihat," katanya sambil menambah, Bernas hanya memiliki 28 kilang pemprosesan beras dari 180 kilang beras di Malaysia.
Ismail juga berkata aspek paling penting perlu diberi perhatian adalah soal keselamatan makanan.
"Kita masih ada pengeluaran tempatan jadi jika import terganggu. Ia masih selamat.
"Tetapi pengeluaran di Malaysia juga bermusim di setiap negeri dan kebanyakkan petani adalah berpendapatan kecil. Kita perlu jaga mereka," katanya.
Jelasnya, Bernas mengimport sekitar 700 hingga 900 ribu tan metrik beras setahun manakala kadar pemulihan beras tempatan sekitar 64 ke 65 peratus.
"Jumlah import bergantung kepada pengeluaran tempatan, jika sedikit, kita import lebih.
"Kita ada stok, cuma tidak boleh simpan kadar banyak untuk tempoh lama kerana beras akan rosak," katanya.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mengumumkan monopoli Bernas dana import dan pembelian beras akan dihapuskan bagi membuka pasaran sama seperti Indonesia.
Topic Berkaitan
#beras
#BERNAS
#CEO Bernas
#Ismail Yusof
#Majlis Penasihat Kerajaan
#monopoli beras
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan