awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua nafi kempen Myvi percuma di Facebook

Bernama
Bernama
12/01/2017
22:28 MYT
Perodua nafi kempen Myvi percuma di Facebook
Perodua menafikan ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di Facebook 'Perodua Malaysia Company'. - Gambar fail
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), hari ini menafikan bahawa ia menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu, seperti catatan di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin berkata Perodua sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook terbabit.
"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Saluran rasmi Perodua ialah laman 'MYPerodua' di Facebook, laman web rasmi (www.perodua.com.my), akaun Instagram (MYPerodua_instagram) dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my), katanya.
Beliau berkata, pada masa ini, Perodua hanya menjalankan satu kempen iaitu 'Golden Prosperity Deals' dengan penjimatan sehingga RM3,888 sebulan yang ditawarkan bagi model terpilih.
Perodua akan mengadakan kempen 'MYPerodua Nation' selama tiga hari bermula 20 Jan, 2017, karnival terbesarnya, di kawasan letak kenderaan Aeon Mall Shah Alam, Selangor. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Zahari Husin
#Facebook
#Myvi
#Perodua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan