Mencapai keputusan tujuh A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya telah melayakkan diri untuk merasai keseronokan di pusat pengajian tinggi.
Tetapi keadaan itu tidak berlaku ke atas Ahmad, 17, (bukan nama sebenar) apabila terpaksa merengkok di dalam penjara gara-gara ketagih air ketum, setelah tersilap memilih kawan selepas peperiksaan SPM pada 2017.
Dia yang ditemu bual Bernama di Penjara Marang baru-baru ini mengakui menyesal atas perbuatannya sedangkan sepanjang belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bahru, Kelantan, beliau adalah pelajar contoh dan cemerlang.
Ahmad dijatuhi hukuman penjara selama setahun setelah mengaku bersalah memiliki sekilogram daun ketum pada 2018 dan perlu menjalani hukuman itu sehingga Ogos ini.
"Saya akui kesilapan ini berlaku akibat diri sendiri. Saya sunyi tiada kawan karib dan banyak kali berasa keseorangan hinggalah bertemu dengan lima rakan sekampung yang sudi berbual dan mereka mula menunjukkan keprihatinan.
“Dalam tempoh mereka rapat dengan saya itu, beberapa kali dapat tengok mereka menelan pil kuda dan air ketum, tetapi masih mampu mengelak. Namun perasaan ingin tahu itu lebih menebal hingga akhirnya saya ketagih hingga sanggup menghabiskan duit untuk membelinya,” katanya yang berkesempatan belajar di Sekolah Integriti yang disediakan pihak penjara.
Perubahan yang menimpa dirinya itu bukan sahaja mengecewakan ibunya tetapi juga dalam kalangan guru yang terkejut dengan perubahan mendadak malah apabila menerima keputusan SPM, beliau menganggap kemasukan ke universiti adalah penghalang kepadanya untuk mendapatkan air ketum.
“Kawan-kawan katakan saya akan alami kesukaran jika belajar lagi kerana di sana tiada air ketum. Ketika fikiran tengah berkecamuk saya sanggup abaikan permohonan ke mana-mana pusat pengajian tinggi dan fokus bekerja di kilang papan untuk dapatkan duit,” katanya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Ahmad mengakui terkilan dengan perbuatannya dan ia sentiasa bermain di fikiran hingga timbul rasa cemburu apabila mendapat khabar rakan sebaya telah mula sambung belajar sedangkan dia terpaksa mengharungi kehidupan sukar di sebalik tirai besi.
Ketika di penjara, beliau mengubati kesunyian dan kekesalan itu dengan bergiat aktif dalam bidang teater anjuran sekolah tersebut, malah guru di situ menyifatkan Ahmad seorang yang pintar serta berbudi bahasa.
Berkongsi pengalaman pertama kali berpuasa di penjara, Ahmad berkata ia amat menyedihkan walaupun menyedari keluarganya bukanlah kaya dan mampu menyediakan makanan yang mewah sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya dapat menatap wajah ibu.
"Ini baru puasa, tidak tahulah bagaimana keadaan hari raya nanti tetapi saya masih tetap bersyukur kerana ibu masih sudi jumpa saya di penjara dan sempat mohon maaf baru-baru ini," katanya yang bersyukur berikutan masih ramai banduan seusianya yang tidak mendapat perhatian keluarga dan tidak pernah dilawati.
Tekad untuk berubah serta menjauhi mereka yang liar menjadi fokus utama Ahmad apabila melangkah keluar penjara itu nanti dan perkara pertama yang ingin dilakukan ialah memeluk ibunya bagi memohon ampun.
Ahmad yang bertubuh kecil itu sudah mulai sedar bahawa tindakannya telah menghancurkan harapan ibunya berusia 41 tahun apatah lagi dia pernah berjanji untuk mengubah nasib keluarga.
Menurutnya, bapanya yang berusia 42 tahun kini berada dalam tahanan penjara di Machang, Kelantan manakala kakaknya, 21, di penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, kerana kedua-duanya terlibat dengan dadah.
"Saya ada fikir...sepatutnya saya yang kena ubah keluarga, mak selalu pesan supaya tunjuk yang terbaik. Selepas ayah dan mak bercerai ketika saya berusia 12 tahun, selalu dengar orang maki hamun keluarga saya.
"Masa tu saya tekad nak buktikan saya berjaya...entah macam mana saya lalai dan kalah dengan nafsu untuk daun ketum ni...masa awal kena tahan dulu pun saya bagaikan tersentap dan tidak percaya. Cuba juga buka gari tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat dan sakit," katanya dengan suara sebak dan hiba.
Ahmad memperoleh keputusan 7A, 1B, 1C dan 1D dalam SPM 2017 dan menurut kaunselor di Penjara Marang Nor Fakhrini Abdul Razab, 33 tahun, pihaknya akan berusaha memohon politeknik atau mana-mana pusat pengajian yang sesuai untuk Ahmad.
“Beliau seorang yang bijak, sentiasa bertanya dan mudah menerima arahan. Lihatlah kelakuan dia...sangat sopan. Saya sedih apabila memikirkan bagaimana dia boleh terjebak. Ramai pelajar saya temui di sini tetapi saya dapati Ahmad punya masa depan yang baik jika dia bersedia berubah dan keluar daripada masalah lama.
“Semoga pengalaman di sini mampu memberi pengalaman berharga buatnya dan Ahmad akan menjadi insan berguna kepada masyarakat,” katanya yang telah berkhidmat di penjara tersebut sejak 2014.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019
Pengalaman di Penjara Marang sangat berharga buatnya dan Ahmad bertekad akan menjadi insan berguna kepada masyarakat apabila keluar kelak. - Foto BERNAMA
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.