awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perolehan pesawat baru bertujuan kurangkan kos - JPM

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2015
14:14 MYT
Perolehan pesawat baru bertujuan kurangkan kos - JPM
Rafizi Ramli mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd itu merupakan jet peribadi baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Foto AWANI / Shahir Omar
Perolehan pesawat AC320 dalam fleet pesawat Eksekutif Kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan, kata sebuah kenyataan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, perolehan itu dibuat memandangkan kerajaan sudah pun memiliki pesawat jenis AC319.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk memperolehi Pesawat Eksekutif jenis Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ).
"Pesawat BBJ akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320," kata kenyataan itu pada Isnin.
Kata JPM, perbincangan untuk menggantikan BJ mula dibuat dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan bagi kapal terbang tersebut semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
"Selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat Eksekutif Kerajaan termasuk juga kapal terbang yang lebih kecil iaitu, pesawat Falcon yang diperolehi pada tahun 1989 dan Global Express 2001," kata JPM lagi.
Di dalam sebuah portal, Rafizi mendakwa, jet yang dianugerahkan secara terus kepada Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd itu merupakan jet peribadi baru yang didaftarkan di bawah pendaftaran 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia.
Rafizi turut mendakwa, dalam kenyataan Jabatan Perdana Menteri pada sidang Parlimen November 2013 telah memaklumkan kerajaan memiliki lima jet peribadi termasuklah Boeing Business Jet.
Bagaimanapun Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia itu merupakan pembelian jet Kerajaan dan bukan jet peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang didakwa Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Katanya jet tersebut dibeli untuk kegunaan kenamaan negara bagi menggantikan Jet Boeing Kelas Perniagaan (BBJ) yang sudah uzur dan tidak sesuai lagi untuk digunakan.
Topic Berkaitan
#A319
#A320
#Jet
#Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
#pesawat peribadi
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan