awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarkan kenyataan menghasut, ADUN Kijal didenda RM2,000
[TERKINI] Semua kementerian perlu guna AI, jawab surat rasmi - PM Anwar
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persefahaman agama kunci perpaduan - Waytha Moorthy

Bernama
Bernama
31/10/2019
16:02 MYT
Persefahaman agama kunci perpaduan - Waytha Moorthy
WAYTHA: Kita tidak dapat menafikan bahawa agama mencorakkan cara hidup kita, oleh itu, menghargai setiap keunikan akan meningkatkan kefahaman antara satu sama lain. - Gambar fail/BERNAMA
Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi platform kepada keharmonian kaum di negara ini.
Merujuk kepada surat yang disiarkan dalam akhbar hari ini yang bertajuk "Plea For Vegetarian Food", beliau berkata perlu ada persefahaman agama dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dalam perkara yang melibatkan tuntutan agama seperti menjadi pengamal vegetarian.
"Telah diketahui bahawa setiap budaya yang unik dipengaruhi oleh agama. Kita tidak dapat menafikan bahawa agama mencorakkan cara hidup kita, oleh itu, menghargai setiap keunikan akan meningkatkan kefahaman antara satu sama lain dan meningkatkan kebersamaan sebagai satu bangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Surat daripada bekas pelajar matrikulasi yang mengamalkan vegetarian itu mendakwa pelajar tidak dibenarkan membeli makanan di luar kampus walaupun permintaan secara formal telah dikemukakan kepada pegawai hal ehwal pelajar.
Beliau berkata pihak pengurusan terutamanya institusi pendidikan perlu lebih sensitif terhadap latar belakang agama pelajar.
Waytha Moorthy berkata beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan atas semangat kepelbagaian budaya untuk mendapatkan sokongan dan tindakan mereka bagi menangani isu itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keharmonian kaum
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Plea For Vegetarian Food
#rakyat Malaysia
#sensitiviti agama
#Waytha Moorthy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan