awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persenda azan: KDN perlu segera lucut kerakyatan Alvin Tan - Dr Najmil

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
22/04/2015
12:42 MYT
Persenda azan: KDN perlu segera lucut kerakyatan Alvin Tan - Dr Najmil
DR NAJMIL: KDN perlu segera lucutkan kerakyatan Alvin Tan dalam isu persenda azan - Gambar fail
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengambil tindakan dengan segera melucutkan kerakyatan blogger kontroversi, Alvin Tan yang mempersendakan azan dalam sebuah video di laman Facebooknya.
Ketuanya, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tindakan biadab dan kurang ajar itu menimbulkan kemarahan penganut agama Islam sekali gus menyebabkan sensitiviti mengenai kesucian sesebuah agama dipermainkan begitu sahaja.
"Ini bukanlah kali pertama tindakan biadap dan provokasi sebegini diperlakukan oleh Alvin. Dia harus sedar tindakan sebegini boleh menimbulkan berlakunya perbalahan mengenai agama dan bangsa.
"Sepatutnya Alvin menghormati masyarakat negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama selain harus menghormati terhadap satu sama lain," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Rabu, Alvin sekali lagi mempersendakan Islam menerusi sebuah video memaparkan 'azan' versi R&B di laman Facebooknya.
Video berdurasi 2 minit 50 saat itu mengundang kecaman dan kemarahan masyarakat Islam yang rata-ratanya dari Malaysia dengan menyifatkan sendaan itu sebagai kurang ajar dan biadap.
BACA: MP Bayan Baru kutuk tindakan Alvin Tan persenda azan
Jesteru itu kata Dr Najmil, tindakan keras harus dikenakan segera kepada Alvin untuk memastikan perkara itu tidak berulang.
"Jika tidak Alvin akan mengulang kebiadabannya itu kepada isu lain, dia ini patut ditangkap atau dilucut kerakyatan segera.
"Tiada gunanya individu begini untuk negara kita, jika dibiarkan hanya menjadikannya membuat lebih banyak aksi yang menyebabkan kerosakan keharmonian kaum yang terjalin sekian lama," katanya.
BACA: Alvin dan Ali tidak boleh 'lari' jika kewarganegaraan tidak digugur: Dr Azmi
BACA: Perlembagaan Persekutuan membolehkan kewarganegaraan Alvin, Ali dilucutkan
Alvin, atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 27, telah melarikan diri dari Malaysia pada September lalu bagi mendapatkan perlindungan politik setelah melakukan pelbagai kenyataan kontroversi yang mampu menjejaskan hubungan antara kaum.
Pada 18 Julai 2013, Tan dan teman wanitanya ketika itu, Vivian Lee, 25, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Akta Hasutan kerana mempersendakan agama Islam dan bulan Ramadan di laman Facebook mereka.
Topic Berkaitan
#Alvin Tan
#Azan
#dr najmil
#Islam
#persenda
#R&B
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan