awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persenda Sultan Pahang: Tengku Abdullah terguris dengan kenyataan Mahfuz

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
17/01/2018
06:28 MYT
Persenda Sultan Pahang: Tengku Abdullah terguris dengan kenyataan Mahfuz
Kecewa, Tengku Abdullah menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya. - Foto Astro AWANI
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terguris dengan tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mempersendakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dalam ceramah politik dan kini menjadi viral di media sosial.
Kecewa, Tengku Abdullah menyifatkan tindakan Mahfuz itu sebagai tidak menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
"Saya tidak mahu cakap pasal itu, pasal ramai yang sudah cakap. Tetapi dilihat daripada percakapannya, dia sudah langgar ketertiban seorang Melayu.
"Sebagai seorang Melayu mungkin yang lebih muda daripada ayahanda saya dan kita selalu diasuh untuk menghormati orang tua lebih-lebih lagi seorang raja," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui selepas berangkat melawat mangsa kebakaran tiga buah rumah di Taman Sungai Isap 2 di sini, hari ini.
Tengku Abdullah pada masa sama percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis sudah dibuat.
"Saya serah kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan, sebab sudah banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana."
"Dalam masa sama saya marah dan tersinggung dengan video yang diambil oleh pihak istana ini, itu yang saya terkilan. Saya akan ambil tindakan kepada pihak yang terbabit," titah baginda.
Topic Berkaitan
#Istana
#kebakaran
#Mahfuz Omar
#mangsa
#mangsa kebakaran
#media sosial
#NGO
#politik
#siasatan
#Sultan Pahang
#taman sungai isap 2
#Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan