Tutup

Perseteruan dalam PKR semakin membara, 'rapat' di KL bertembung kongres di Melaka

Perseteruan dalam PKR semakin membara, 'rapat' di KL bertembung kongres di Melaka
Parti Keadilan Rakyat yang bakal mengadakan kongres nasional tahunannya di Melaka pada 7 dan 8 Disember ini turut juga bakal mengadakan sebuah program berasingan di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Krisis yang dihadapi parti yang paling berpengaruh di Dewan Rakyat dari segi jumlah kerusi kini mencapai episod baharu apabila ia bakal mengadakan dua program berasingan secara serentak.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal mengadakan kongres nasional tahunannya di Melaka pada 7 dan 8 Disember ini akan turut menyaksikan sebuah program berasingan di Kuala Lumpur, lantas mencabar kenyataan Pengerusi Majlis Penasihatnya yang juga bekas presiden parti selama 19 tahun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan bahawa parti itu hanya mengiktiraf ‘satu kongres’.
Perkara ini berlaku selepas Astro AWANI menerima poster program yang dinamakan sebagai ‘Rapat Keadilan Perjuangan’ yang bertemakan ‘Kembali ke Landasan Reformasi’ di sebuah hotel lima bintang di ibu negara pada 7 dan 8 Disember ini iaitu hari yang sama berlangsungnya Kongres Nasional PKR.

Portal MalayMail mengesahkan rapat itu dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin yang menyokong Timbalan Presiden Parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
Pada masa sama, MalayMail turut melapokan Naib Presiden parti pemerintah itu, Tian Chua bakal menganjurkan majlis makan malam bertemakan ‘Reformasi 98’ di Jalan Ampang, juga pada 7 Disember ini, tatkala semua pemimpin parti yang memperjuangkan agenda pembaharuan itu sepatutnya berada di Melaka. 

Astro AWANI menerima poster program yang dinamakan sebagai ‘Rapat Keadilan Perjuangan’ yang bertemakan ‘Kembali ke Landasan Reformasi’ di sebuah hotel berstatus antarabangsa bertaraf lima bintang di ibu negara pada 7 dan 8 Disember ini, hari yang sama berlangsungnya Kongres Nasional PKR.

Pada masa sama, ini tidak bermakna Azmin langsung tidak hadir ke acara tahunan terpenting parti itu di Melaka, memandangkan jadual acara yang diterima Astro AWANI menyatakan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bakal merasmikan kongres sayap wanita pada 5 Disember.

Astro AWANI sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua program yang dianjurkan oleh pemimpin parti berkenaan.

Ahad lalu, Dr Wan Azizah menyatakan PKR tidak mengiktiraf mana-mana kongres lain dalam parti selain yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Melaka, hujung minggu ini.



Tag: Azmin Ali, Wan Azizah, Tian Chua, Wan Azizah Wan Ismail, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azizah, PKR, Parti Keadilan Rakyat, Kongres Nasional PKR, Rapat Keadilan Perjuangan, Kembali ke Landasan Reformasi



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.