Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang akan berlangsung pada 30 Julai ini, berjalan lancar dengan 80 peratus telah siap.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, persiapan rapi dilakukan bagi memastikan semua acara yang dirancang sempena hari bersejarah itu berjalan dengan sempurna.
"Istiadat itu adalah proses yang panjang dan perlu dilakukan dengan teliti kerana melibatkan pelbagai elemen antaranya protokol," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara Nine11 terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini hari ini.
Terdapat beberapa acara yang dirancang sempena istiadat itu seperti Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat, Majlis Santapan Diraja, Lawatan Raja Permaisuri Agong ke Pusat Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Kuala Lumpur.
Selain itu, acara Khutbah Khas dan Solat Jumaat turut diadakan di Masjid Negara dengan khutbah yang disediakan secara khusus.
Sementara itu, menu yang akan dihidangkan pada Majlis Santapan Diraja akan mendapat sentuhan peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Satu keistimewaan Majlis Santapan nanti, menu itu boleh dikatakan 'personal touch' Tunku Permaisuri sendiri. Tetamu dijemput patut berasa bertuah dan meluangkan masa untuk hadir serta merasai sendiri 'personal touch' menu-menu disediakan pada malam itu," katanya.
Berkongsi mengenai peribadi Yang di-Pertuan Agong ketika berurusan dalam persiapan istiadat berkenaan, Hasnol berkata, Baginda seorang yang mesra, mudah didekati dan sering berkongsi idea.
"Baginda sering memberi idea-idea bagaimana sesuatu perkara itu boleh dilaksanakan dengan lebih baik berbanding kebiasaan yang dilakukan, Baginda juga banyak bagi pandangan idea-idea baharu pada masa yang sama memastikan tradisi lama dikekalkan," katanya. - BERNAMA
BACA: Foto rasmi Agong sempena pertabalan dipersembahkan
Bernama
Wed Jul 17 2019
Al-Sultan Abdullah (kanan) menyerahkan Warkah Persilaan kepada Raja-Raja Melayu dan tetamu-tetamu ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Datuk Paduka Maharajalela Istana Negara Azuan Effendy Zairakithnaini. - Gambar BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Persiapan istiadat pertabalan Agong lancar, 80 peratus siap
Persiapan istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini berjalan lancar dengan 80 peratus telah siap.