Persiapan akhir perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos sedang rancak dijalankan di Istana Besar, Johor Bahru.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office, di sini, hari ini, majlis Perkahwinan Diraja Johor itu, secara rasminya dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Tugu Peringatan Istana Besar, Rabu lalu (8 Ogos).
Selain bendera negeri yang dipasang di beberapa jalan utama, persekitaran Istana Besar turut dihiasi dengan bunga-bungaan dan limpahan cahaya berwarna-warni.
Istiadat Persandingan DiRaja di Bilik Singgahsana, Istana Besar dihadkan hanya kepada kerabat DiRaja dan orang kenamaan.
Bagaimanapun, tetamu jemputan yang lain berupaya menonton majlis berkenaan menerusi skrin digital di khemah-khemah putih yang didirikan berhampiran Tangga Agung di istana berusia 151 tahun itu.
Orang ramai turut boleh mengikuti Majlis Perkahwinan DiRaja di Istana Besar itu secara langsung menerusi dua skrin LED khas yang akan didirikan di Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula 8 malam manakala satu lagi skrin akan dipasang di bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Majlis Doa Selamat dan bacaan Yasin akan berlangsung malam ini di Masjid Pasir Pelangi, dihadiri keluarga DiRaja Johor dan para tetamu jemputan.
Majlis pertunangan yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat, akan berlangsung di Istana Bukit Serene pada 10 pagi (14 Ogos), diikuti istiadat akad nikah.
Sultan Johor telah berkenan mewakilkan Mufti Johor Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin sebagai wali.Istiadat persandingan akan diadakan pada 8 malam di hari yang sama di Bilik Singgahsana Istana Besar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2017
Persiapan akhir perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dengan Dennis Muhammad Abdullah pada 14 Ogos sedang rancak dijalankan di Istana Besar, Johor Bahru. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Pesara pensyarah rugi lebih RM1 juta terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara pensyarah kerugian lebih RM1 juta, selepas terpedaya dengan pelaburan yang tidak wujud secara dalam talian.
Polis tahan tujuh anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Johor Bahru bermula 28 Mac hingga semalam.
Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.
30 bangunan di bandar raya JB dicemari vandalisme
Pintu-pintu premis melibatkan lebih 30 bangunan itu menjadi mangsa vandalisme terutama di Jalan Tan Hiok Nie, Jalan Trus, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Abdul Razak.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Padah benar kanak-kanak memandu
Suspek berusia 25 tahun juga boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
PAJ kumpul maklumat, atasi kesesakan trafik di Johor Bahru
PAJ sedang mengumpul maklumat berkaitan kesesakan trafik khususnya di Johor Bahru bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar raya itu.
Ancaman bom di premis MBJB disahkan palsu
Ketika ancaman tersebut diterima, bangunan ini terdapat lebih 500 termasuk kakitangan dan orang awam.