awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan bom: Polis nasihat rakyat tangguh perjalanan ke wilayah selatan Thailand
JAKIM, pihak berkuasa pastikan 'Glamping With Pride' tidak diteruskan - Zulkifli
Insiden letupan: Help University, pihak berkuasa kerjasama kenal pasti punca
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan Anwar, Mahathir: "Tidak perlu wujud tekanan luar"

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/11/2019
10:04 MYT
Pertemuan Anwar, Mahathir: "Tidak perlu wujud tekanan luar"
Anwar Ibrahim berkongsi foto pertemuannya dengan Dr Mahathir di akaun Twitter peribadinya pada Khamis.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau mengadakan perjumpaan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, pada pertemuan itu, Anwar bersetuju supaya tidak perlu wujud tekanan daripada pihak luar terutama berkenaan isu peralihan kuasa.
“Beliau (Anwar) kata beliau faham masalah yang mendepani ketika ini. Tidak perlu tekanan daripada pihak lain dalam mengemukakan sebarang cadangan termasuk tarikh peralihan kuasa,” katanya ringkas ketika ditemui media di sini hari ini.
Beliau sebelum itu melancarkan pra-pelancaran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 (KL Summit 2019) di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Ditanya berkenaan cadangan Timbalan Presien Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjadi individu pertama dalam kabinet dipecat, Dr Mahathir menegaskan sesiapa sahaja boleh mengemukakan pandangan.
“Sesiapa sahaja boleh mengemukakan pandangan, tetapi saya yang akan membuat keputusan yang dipersetujui oleh lima parti gabungan,” katanya ringkas.
Tuan Ibrahim di Parlimen hari ini mendakwa Setiausaha Agung DAP itu gagal menyediakan peruntukan mencukupi bagi Belanjawan 2020 selain sebagai hukuman atas prestasi buruk Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai. BACA: Anwar jumpa Tun M, bincang pendirian isu peralihan kuasa
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#pertemuan
#Putrajaya
#tekanan luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan