Tutup

Pertemuan Darrel Leiking, rakan sejawatan dari India di Davos ditunda kerana jadual padat

Pertemuan Darrel Leiking, rakan sejawatan dari India di Davos ditunda kerana jadual padat
Pada awalnya, hasrat Darrel (kanan) dan Piyush untuk bertemu adalah untuk membincangkan mengenai isu perdagangan dan pelaburan dua hala. Foto: BERNAMA/Twitter
KUALA LUMPUR : Permohonan untuk pertemuan antara Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Darrel Leiking dan Menteri Keretapi, Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos tidak dapat diadakan kerana jadual padat kedua-dua menteri berkenaan.

Pada awalnya, hasrat Darrel dan Piyush untuk bertemu adalah untuk membincangkan mengenai isu perdagangan dan pelaburan dua hala.
Dalam masa sama, MITI berkata, permohonan rasmi untuk mengadakan pertemuan itu dikemukakan oleh pejabat Menteri Keretapi, Perdagangan dan Industri India pada 24 Disember tahun lalu.

"Malaysia sudah cuba untuk melaksanakan permohonan dari India tetapi memandangkan jadual padat kedua-dua menteri, satu persetujuan telah dicapai untuk tidak mengadakan mesyuarat rasmi.
"Bagaimanapun, terdapat kemungkinan berlakunya pertemuan tidak rasmi yang akan disusuli dengan perbincangan membabitkan kepentingan dua hala," jelas MITI dalam kenyataan yang diedarkan.

Kenyataan tersebut turut menyatakan Darell berbesar hati untuk mengadakan mesyuarat seumpamanya khususnya berkaitan penyertaan India di rantau yang diterajui ASEAN iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

MITI dalam satu kenyataan berkata, permohonan rasmi itu disampaikan oleh Menterinya, Piyush Goyal pada 24 Disember tahun lalu.

Pada 8 Januari lalu,  kerajaan India bertindak mengenakan sekatan terhadap import minyak sawit bertapis dari Malaysia atas alasan bagi melindungi pihak penapis domestik.

BACA: Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered

BACA: India tidak boikot minyak sawit Malaysia


Untuk rekod, India bergantung kepada pengimportan 70 peratus daripada keperluan minyak makannya manakala minyak sawit Indonesia dan Malaysia menyumbang hampir dua pertiga daripada import tahunan minyak sayuran sebanyak 15 juta tan.

Kerajaan India pada Januari bertindak menguatkuasakan pengurangan duti import ke atas minyak sawit mentah (MSM) kepada 37.5 peratus daripada 40 peratus manakala minyak bertapis kepada 45 peratus daripada 50 peratus.




Tag: Kementerian Perdagangan dan Industri India, Piyush Goyal, Forum Ekonomi Dunia, MITI, Darell Leiking, India, kelapa sawit



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.