awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan dengan Tun M 'sangat baik' - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2020
05:42 MYT
Pertemuan dengan Tun M 'sangat baik' - Anwar
Kata Anwar, beliau berpuas hati dengan penjelasan Dr Mahathir. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, pertemuan beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman Perdana Menteri beberapa jam lalu berlangsung 'sangat baik'.
Menurut Presiden PKR itu, beliau dan Dr Mahathir berbincang beberapa perkara.
"Saya puas hati dengan pendirian dia (Dr Mahathir) bahawa prinsip harus kita utamakan, agenda reformasi harus diteruskan.
"Itu yang saya boleh sebut setakat ini," kata beliau kepada pemberita sebaik tiba di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.
Ditanya apakah akan berlaku perubahan dari segi komposisi kerajaan, Anwar tidak menjawab soalan itu.
Sebaliknya, Anwar berkata, kerajaan tidak mudah tunduk kepada kehendak kumpulan tertentu.
"Kita jangan mudah tunduk kepada gerombolan yang mahu mengkhianati amanah rakyat dalam pilihan raya yang lalu.
"Saya tak boleh sebut apa (yang lain), memadai kita jelaskan setakat itu, ia adalah mesyuarat yang sangat baik," katanya lagi.
Dalam masa sama, Anwar berkata, beliau "terkesan" dengan sikap Dr Mahathir mengenai perubahan dan keengganan tunduk kepada pihak yang mahu 'merampas kuasa' tanpa menetapkan agenda perubahan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan