Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pertemuan Tun Mahathir dan Hadi tidak mengubah apa-apa - Anwar

Pertemuan Tun Mahathir dan Hadi tidak mengubah apa-apa - Anwar
Anwar sewaktu berucap di International Conference on Social Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini. - Foto Bernama
KUALA NERUS: Pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang didakwa sebagai cubaan mengubah lanskap politik disifatkan sebagai hanya tafsiran umum dan tidak mengubah apa-apa.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu hanyalah tanggapan dan bayangan Pas sahaja.

“Perdana Menteri berkata dia boleh jumpa sesiapa, dia jumpa saya kerap lagi. Siapa hendak jumpa dia, boleh jumpa.

“(Soalan) Perjumpaan itu dikatakan satu Pakatan yang boleh mengubah lanskap politik negara? Itu tafsiran umum dan boleh jadi bayangan Pas. Setakat yang Perdana Menteri bagi tahu begitu,” katanya berucap di International Conference on Social Islam di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini hari ini.
Sementara itu Anwar berkata beliau juga tidak mempunyai masalah untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk Abdul Hadi.

“Saya tidak ada masalah, saya jumpa semua. Saya tidak ada masalah. Saya tidak ada permusuhan dengan sesiapa.
“Bagi saya ini soal prinsip. Negara ini ada perlembagaan, tetapikan Melayu yang majoriti dan prinsip perlembagaan pertahankan kedudukan Melayu kita tidak pertikai. Tetapi saya pimpin parti pelbagai kaum dan saya mahu keadilan bagi orang Melayu dan semua yang lain,” katanya lagi.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau sentiasa terbuka dalam membentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas jika perkara itu memberi banyak manfaat kepada negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan, beberapa siri pertemuan antara beliau dengan Abdul Hadi hanyalah merupakan perkara biasa.


Tag: Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad, Abdul Hadi Awang, PKR, PAS, Parti Keadilan Rakyat, Perdana Menteri, Melayu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.