Pertumbuhan purata gaji bagi sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka terus menyederhana kepada 3.8 peratus pada 2019 berikutan perkembangan industri yang suram sejak beberapa tahun lepas, demikian menurut Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM).
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Penyelidikan dan Penerbitannya, Woon Tai Hai berkata gaji atau upah bagi industri ICT juga terbukti tumbuh pada kadar paling perlahan dalam dekad ini.
"Purata gaji bulanan secara menyeluruh pada 2018 hanya meningkat empat peratus berbanding tahun sebelumnya dan susut secara ketara di bawah purata kadar pertumbuhan tahunan (AAGR) sebanyak 6.7 peratus dalam tempoh sembilan tahun pada 2009 - 2018.
"Pertumbuhan gaji yang perlahan itu jelas membuktikan perkembangan suram industri ICT itu yang mana sumbangannya terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya meningkat 0.1 mata peratusan kepada 18.3 peratus pada 2017," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena pelancaran Prospek Pasaran Kerja ICT di Malaysia 2019.
Mengulas selanjutnya, Woon berkata permintaan terhadap pekerjaan ICT kekal baik walaupun majikan lebih teliti dengan pilihan pekerja.
Malah, pada 2018, majikan terbukti lebih konservatif dalam aspek tawaran ganjaran dan pada masa sama lebih mengutamakan aspek pengalaman dan kemahiran khusus tertentu dimiliki calon.
Menurutnya, jumlah pekerjaan juga masih meningkat namun hanya membabitkan bidang tertentu seperti Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan internet pelbagai benda (IoT).
Penyusutan aliran pertumbuhan gaji dan tawaran kerja itu juga berkemungkinan sebagai reaksi terhadap usaha kerajaan melakukan penyusunan semula ekonomi susulan perubahan pentadbiran pada tahun lepas yang menyebabkan majikan lebih mengamalkan sikap 'tunggu dan lihat.'
Sementara itu, Pengerusi PIKOM, Ganesh Kumar Bangah pula menjangkakan KDNK meningkat secara sederhana pada tahun ini dengan kebanyakan agensi tempatan dan antarabangsa memberi angka unjuran sekitar 4.8 peratus.
"Dari sudut positif, kami menjangkakan berlakunya pemulihan ekonomi dalam separuh kedua 2020. Adalah diharapkan bahawa perbelanjaan kerajaan akan dapat merangsang semula ekonomi dan hanya selepas itu, ekonomi IT akan berkembang seiring dengan ekonomi lain," katanya.
Menurutnya, ekonomi Malaysia juga dijangka menyaksikan perkembangan positif pada pertengahan 2020 apabila pelbagai inisiatif dan program baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan mula membuahkan hasil.
Beliau juga berpendapat bahawa kerajaan akan memberi tumpuan terhadap aspek 4IR, Industry4WRD, robotik, analitik dan Kecerdasan Buatan yang menjadi penggerak ekonomi masa depan negara.
"Sudah pasti ada impak positif di sebalik yang berlaku dan apa yang menggalakkan adalah kebanyakan petunjuk ekonomi negara seperti pekerjaan, pelaburan domestik, inflasi, kadar faedah dan eksport masih lagi baik.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh bergantung kepada kelebihan yang dimiliki semata-mata kerana faktor global sebaliknya adalah di luar kawalan kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Perbelanjaan kerajaan diharap akan dapat merangsang semula ekonomi dan hanya selepas itu, ekonomi IT akan berkembang seiring dengan ekonomi lain. - Gambar hiasan
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.
Lima aspek perlu diteliti sebelum laksana dasar gaji progresif - Prof Roselina
Kerajaan perlu meneliti lima aspek sebelum melaksanakan cadangan dasar gaji progresif dalam memastikan strategi ini mempunyai hala tuju lebih jelas terutama dalam membantu graduan.
Kerajaan disaran struktur semula gaji sektor awam
Zainal berkata, perubahan gaji mengikut gred dapat mengurangkan risiko mereka mendedahkan diri kepada amalan rasuah.
Hijrah bakat: Isu gaji kekal jadi cabaran utama - TalentCorp
Setakat ini, kira-kira 60 peratus daripada diaspora Malaysia di luar negara, iaitu seramai 1.13 juta orang, berada di Singapura.
Kakitangan KLM Royal Dutch Airlines ugut mogok jika gaji tidak dinaikkan 14.3 peratus
FNV menuntut gaji dinaikkan sebanyak 14.3 peratus bagi mengimbangi inflasi pada 2023 dan indeks gaji automatik pada 2024.