awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perubahan dalam SPRM? Laporan itu langsung tidak berasas - Latheefa Koya

Astro Awani
Astro Awani
15/08/2019
12:55 MYT
Perubahan dalam SPRM? Laporan itu langsung tidak berasas - Latheefa Koya
Azam dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkuat kuasa pada 4 Oktober 2016 bagi menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull yang bersara wajib. GAMBAR Fail
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya menafikan dakwaan kononnya perubahan dijangka berlaku dalam kepimpinan tertinggi SPRM dalam masa terdekat.
Menurut beliau, laporan berita mendakwa rombakan akan berlaku berikutan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki sedang cuti sakit disifatkan sebagai tidak berasas.
“Datuk Seri Azam Baki telahpun keluar dari hospital dan malah telah datang ke pejabat hari ini.
“Beliau dijangka akan menyambung balik tugas rasmi minggu depan pada 22 Ogos 2019,” demikian menurut Latheefa dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Terdahulu, sebuah portal yang memetik sumber sebagai berkata melaporkan, SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku Timbalan Ketua Pesuruhjaya untuk menyelia perkara-perkara berkaitan operasi.
Ia susulan keadaan kesihatan Azam yang didakwa tidak mengizinkan selepas dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi selepas beberapa hari dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu.
Menurut laporan portal Malaysiakini yang memetik sumber, perkara itu dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah buah pinggang.
Azam dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berkuat kuasa pada 4 Oktober 2016 bagi menggantikan Datuk Seri Shukri Abdull yang bersara wajib.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Hospital
#Putrajaya
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan