awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan dikaji semula jika gagal lantik 30 peratus wanita - Zuraida

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
24/08/2018
06:55 MYT
Peruntukan dikaji semula jika gagal lantik 30 peratus wanita - Zuraida
Zuraida dalam ucapannya sebelum itu turut menekankan perwakilan yang seimbang dari segi gender dalam Majlis Perbandaran adalah penting ke arah meningkatkan penyertaan politik di peringkat kebangsaan.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menilai semula peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal melantik 30 peratus ahli majlis dalam kalangan wanita.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata polisi telah mula dilaksanakan dan akan disemak keberkesanannya dua tahun lagi.
“Ketika ini setiap PBT mempunyai 24 ahli majlis, kalau 30 peratus bermaksud sekurang-kurangnya lapan orang mesti diwakili wanita.
“Ahli majlis dilantik setiap dua tahun sekali dan sekiranya PBT gagal mematuhi syarat Sistem Penarafan Bintang mungkin mereka gagal mendapatkan peruntukan namun semuanya akan dinilai semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Persidangan Hari Wanita 2018, di sini, hari ini.
Zuraida dalam ucapannya sebelum itu turut menekankan perwakilan yang seimbang daripada segi gender dalam Majlis Perbandaran adalah penting ke arah meningkatkan penyertaan politik di peringkat kebangsaan.
Beliau juga berkongsi pandangan tentang penggembelengan sumbangan wanita yang lebih tinggi dalam Sustainable Development Goals (SDG) semasa sesi ucapan beliau bertajuk "Kerajaan Tempatan: Peluang Baharu Untuk Wanita".
Persidangan dianjurkan Majlis Pertubuhan Kebangsaan Wanita Malaysia (NCWO) dengan tema "Mengilham Harapan, Memacu Wawasan" diadakan bagi memberi inspirasi dan membentuk pemikiran baharu wanita dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0.
Topic Berkaitan
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#KPKT
#pbt
#pihak berkuasa tempatan
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan