awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan digesa ke Kongres Nasional, zahir sokongan pada Anwar - AMK

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/12/2019
04:06 MYT
Perwakilan digesa ke Kongres Nasional, zahir sokongan pada Anwar - AMK
Para exco AMK menyifatkan kehadiran perwakilan amat penting dalam merealisasikan agenda reformasi yang telah sama-sama dijulang semenjak 1998. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa para perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya hadir ke Kongres Nasional, AMK, Wanita dan Pusat untuk kembali membulatkan tekad serta membuktikan kesepaduan.
Dalam satu kenyataan bersama, para exco AMK menyifatkan kehadiran perwakilan amat penting dalam merealisasikan agenda reformasi yang telah sama-sama dijulang semenjak 1998.
“Justeru sebagai pimpinan AMK, kami menyeru seluruh perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama hadir untuk menyegarkan semula tekad serta idealisme perjuangan yang sama-sama kita semai dengan keringat dan air mata rakyat semenjak lebih 20 tahun yang lalu.
“Kongres Nasional adalah wadah rasmi yang menghimpunkan para aktivis parti. Kongres Nasional adalah saluran rasmi untuk kita sama-sama berinteraksi dengan pemimpin ini untuk menyuarakan dhamir (nurani) rakyat,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan media tersebut dikeluarkan secara bersama oleh lima exco AMK Pusat iaitu S. Sarawanan, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, Khairul Anuar Musa, Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin dan Dr. Ahmad Kusyairi Khalid.
Mereka juga menyifatkan kehadiran perwakilan ke kongres tersebut sebagai manifestasi kesetiaan dalam mendukung agenda reformasi dan keadilan untuk rakyat.
“Ayuh ke Kongres Nasional dan nyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Presiden dan bersama mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8,” tambah kenyataan itu.
Topic Berkaitan
#Angkatan Muda Keadilan
#Anwar Ibrahim
#Exco AMK
#Konvensyen PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#PM Ke-8
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan