awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasaran automotif Malaysia kekal utuh pada 2025, TIV cecah 820,752 unit - MAA
Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa pendigitalan warisan negara
Remaja dikaitkan JI, Malaysia pilih pendekatan pemulihan - Ayob Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit kanak-kanak Orang Asli Kuala Koh meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2019
02:29 MYT
Pesakit kanak-kanak Orang Asli Kuala Koh meninggal dunia
Nasri Rosli, 3, menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). - Foto Bernama
Seorang pesakit anak Orang Asli, Nasri Rosli, 3, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), disahkan telah meninggal dunia pada petang Ahad.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussein ketika dihubungi Astro AWANI sebentar tadi.
Sebelum itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara & Kesejahteraan Sosial), Senator Waytha Moorthy Ponnusamy turut berkongsi berita sedih dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya telah menerima berita sedih bahawa adik Nasri A/L Rosli, kanak-kanak Orang Asli Kg Kuala Koh,Gua Musang, berusia 3 tahun yg berada di wad ICU telah meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu petang semalam (Ahad).
"Unit Forensik hospital akan melakukan bedah siasat pada hari ini untuk mengesahkan sebab kematian," katanya dalam kenyataan itu.
Tambah Waytha, jumlah keseluruhan mangsa orang asli dari Kuala Koh, yang telah meninggal dunia adalah 15 orang.
Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) juga akan menghulur dan menguruskan bantuan kepada keluarga adik Nasri.
BACA: Kanak-kanak Orang Asli Nasri Rosli masih kritikal di HRPZII
Sebelum ini dua kematian suku kaum Batek dari Kuala Koh, Gua Musang telah disahkan meninggal dunia akibat radang paru-paru manakala 12 lagi lagi mayat yang telah ditemui dan dikebumikan secara adat di perkampungan itu akan dilakukan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Gua Musang
#Hospital
#ICU
#Kanak-kanak
#kesihatan
#Kota Bharu
#kuala koh
#mangsa
#meninggal dunia
#Nasri Rosli
#Orang Asli
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan