awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesalah trafik miliki saman tertunggak, waran tangkap masih ada peluang

Bernama
Bernama
30/11/2013
23:59 MYT
Pesalah trafik miliki saman tertunggak, waran tangkap masih ada peluang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menangkap pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap dan mereka yang mempunyai saman tertunggak bagi memberi mereka peluang menjelaskan saman sebelum penguatkuasaan menyeluruh dilakukan dalam masa terdekat.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata peluang itu diberikan sebelum Ops Warta dilancarkan tidak lama lagi.
"Tempoh peluang ini kita tidak akan dedahkan. Bila kita telah laksanakan penguatkuasaan menyeluruh nanti, mereka yang ada waran dan saman tertunggak kita akan terus bawa mereka ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen pencegahan jenayah komersial di ibu negara, Sabtu.
Mengenai Ops Cantas Khas Sempadan, beliau berkata tumpuan akan diberi kepada pintu masuk sempadan negara bagi mengintip dan bertindak terhadap penyeludupan senjata api.
"Kita perlukan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis (mengenai penyeludupan senjata api)," katanya mengulas laporan akhbar tempatan Sabtu mengenai senjata api yang mudah lolos masuk di sempadan negara.
Topic Berkaitan
#PDRM
#pesalah trafik
#Polis Diraja Malaysia
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan