Pesanan Rafizi kepada Jamal di penjara

Pesanan Rafizi kepada Jamal di penjara
Rafizi menitipkan tiga pesanan buat Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan di Penjara Sungai Buloh. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menitipkan tiga pesanan buat Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Pesanan Rafizi yang dimuat naik di Twitter itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen, terutamanya mengenai nasihatnya tentang reman.

Mahkamah pada petang Khamis tidak membenarkan permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Di Twitter juga, netizen turut mengaitkan penahanan Jamal di penjara Sungai Buloh sebagai satu ‘karma’ buat dirinya.
Artikel berkaitan:

BACA: Ikat jamin ditolak, Jamal dibawa ke penjara Sungai Buloh

BACA: Sejurus tiba di KLIA, Jamal terus dibawa polis ke Ampang

VIDEO: Kronologi penahanan Jamal Yunos