awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat ringan terhempas di Pulau Pangkor, empat mangsa terselamat

Bernama
Bernama
15/11/2015
08:10 MYT
Pesawat ringan terhempas di Pulau Pangkor, empat mangsa terselamat
Keadaan pesawat ringan yang terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini. - Foto Astro AWANI/Mohd Helmy Ibrahim
Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa empat penumpang termasuk seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi.
Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut.
"Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian," katanya ketika dihubungi hari ini.
pesawat terhempas
Keadaan pesawat ringan terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini. - Foto Astro AWANI/Mohd Helmy Ibrahim
Sebahagian daripada rangka pesawat ringan yang terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini. - Foto Astro AWANI/Mohd Helmy Ibrahim
Topic Berkaitan
#bomba dan penyelamat
#Hisham Mohd Noor
#pesawat terhempas
#Pulau Pangkor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan