Peserta perhimpunan aman bagi menuntut keadilan atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang akan dianjurkan di Klang dekat sini, petang Selasa dinasihatkan mematuhi arahan pihak polis dan tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata pihaknya akan menempatkan pegawai polis yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy'.
"Kita sudah bersiap sedia dengan anggota polis yang mencukupi untuk mengawal keadaan termasuk lalu lintas di sekitar bandar Klang esok," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam Isnin lepas.
Mengulas mengenai permit perhimpunan berkenaan, Ab Rashid berkata pihaknya ada menerima notis pemberitahuan dari penganjur himpunan berkenaan, Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) tetapi ia diserahkan kepada pihak polis kurang dari tempoh yang ditetapkan.
Himpunan itu yang akan diadakan di Dataran Seni Klang, dekat sini, petang Selasa diadakan bagi menuntut keadilan atas kematian Muhammad Adib selain turut dijadikan platform bagi mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletak jawatan dan menuntut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat pemimpin Hindraf tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh dalam kenyataannya berkata, lima persimpangan jalan akan ditutup esok bermula pukul 12 tengah hari berikutan perhimpunan itu.
"Lima persimpangan yang terlibat ialah Jalan Raja Hassan, Jalan Nangka, Jalan Nanas, Jalan Melayu dan Jalan Taiping.
"Pada masa sama, jalan yang terlibat dengan penutupan berperingkat bermula pukul 3 petang pula ialah Susur Jambatan Kota, Bulatan Kota, Bulatan 100, Persiaran Sultan Ibrahim, Jalan Pos Baru dan Jalan Pasar, laluan kontra turut akan dibuat di Jalan Batu 3 sekiranya penutupan penuh dibuat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 24 2018
AB RASHID: Pihak polis akan menempatkan pegawai yang mencukupi bagi mengawal keselamatan.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Peserta himpunan aman di Klang dinasihat patuh arahan polis
Polis akan kawal keselamatan sepanjang perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy'.
Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
Sebelum ini, kes Muhammad Adib Mohd Kassim diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sebagai cubaan membunuh.
Pelajar UniMAP maut terjatuh dari tingkat tujuh asrama pelajar
Goh Xin Li, 21, pelajar tahun satu bidang 'Machining' kampus tersebut, meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis nafi Perlis lubuk premis judi haram
Polis Perlis memandang serius berita palsu itu yang disebarkan individu tidak bertanggungjawab serta akan mengambil tindakan tegas kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti anggota polis.
Gara-gara tidak mahu makan ubat, anak bunuh ibu
Gara-gara tidak tidak mahu makan ubat, seorang lelaki dipercayai menghidap sakit mental memukul ibunya berusia 75 tahun dengan tukul besi di kepala hingga mati di sini, pagi tadi.